Tikam penipu yang guna nama saya untuk tujuan rasuah – Duterte
MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte memberitahu rakyatnya untuk menikam mana-mana penipu yang menggunakan namanya dan nama pegawai kabinet yang lain untuk tujuan rasuah.
Duterte memberi amaran agar tidak berurusan dengan individu yang menggunakan namanya atau nama pengawai kanan kerajaan untuk cuba mendapatkan kontrak perniagaan dan mempercepat pemprosesan dokumen.
“Tikam sahaja. Jangan tembak mereka kerana ia bising dan anda lebih mudah tertangkap,” katanya, sambil menggambarkan pengamal rasuah sebagai ‘parasit’ dan ‘lintah’ yang mencari mangsa naif.
Beliau menawarkan nasihat tersebut pada satu perutusan mingguan yang disiarkan di televisyen bagi memberikan perkembangan berhubung tindak balas kerajaan terhadap pandemik COVID-19.
Komen beliau berkemungkinan akan menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi manusia dan pengkritik kerajaan.
Bagaimanapun, jurucakap presiden Harry Roque tidak memberikan sebarang respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan Duterte.
Sebelum ini, jurucakap Duterte pernah mengatakan bahawa presidennya sudah biasa menggunakan bahasa berbunga, hiperbola atau lawak.
Untuk rekod, gejala rasuah merupakan satu halangan kepada daya saing negara Asia Tenggara itu kerana menakutkan pelabur dan melengahkan projek yang sangat diperlukan.
Duterte tidak layak untuk pemilihan semula presiden apabila penggalnya berakhir.
Namun, dengan memenuhi manifesto kempennya untuk membanteras gejala rasuah dapat meningkatkan peluang penggantinya untuk dipilih dalam pemilihan pada 2022 nanti.
Presiden Filipina arah polis, tentera tembak pengingkar kuarantin
You must be logged in to post a comment.