Maxis sedia perkhidmatan cekap semasa perayaan

 

KUALA LUMPUR: Maxis bersedia untuk menjadi syarikat telekomunikasi (telco) utama di Malaysia yang memberikan perkhidmatan kesalinghubungan digital dan media sosial yang cekap, terutama ketika sambutan perayaan.

Ketua Jenama dan Pemasarannya, Tai Kam Leong, berkata kumpulan sentiasa memahami kehendak pengguna khususnya dalam norma baharu ketika ini untuk terus berhubungan dengan orang tersayang.



Lantaran itu, beliau berkata, Maxis menawarkan pelbagai ganjaran sempena Tahun Baru Cina yang akan datang.

“Kami ingin berkongsi dengan pengguna perspektif yang berbeza dan makna sebenar perayaan yang sering kali diabaikan termasuk kesihatan diri dan orang disayangi.

“Justeru, Maxis tetap komited menyokong keperluan negara dan pelanggan dengan pelbagai inisiatif baharu,” katanya ketika pelancaran kempen #MaxisHealthytoHuat secara maya, semalam.

Kam Leong berkata, melalui kempen itu, Maxis akan menganjurkan peraduan di media sosial #MaxisHealthytoHuat yang diilhamkan oleh ‘Tarian Singa’ dan memberi peluang orang ramai memenangi telefon pintar 5G.



Beliau berkata, peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan hanya perlu membuat rakaman video lakonan salah satu atau kesemua lima pergerakan tarian singa (The Horse Stance, The Lion Leaps, The Lion’s Drum Beat, The Lion Stands Tall dan The Lion’s Strike) yang paling kreatif bersama ahli keluarga atau rakan.

“Muat naik seberapa banyak video di Facebook Maxis dengan hashtag #MaxisHealthytoHuat,” katanya.

Peserta dengan video yang menunjukkan kelima-lima gerakan secara paling kreatif berpeluang memenangi telefon pintar Samsung Galaxy Z Fold2 5G bernilai RM7,999.

Terdapat 15 telefon pintar Samsung Galaxy Z Fold2 5G untuk dimenangi bagi peraduan ini.



Selain itu, Maxis dan Hotlink juga memberi ganjaran kepada pelanggan dengan menawarkan lebih banyak promosi dan nilai hebat sempena Tahun Baru Cina.

Antaranya adalah promo untuk pelanggan pasca bayar Maxis membeli telefon baharu pada harga RM1 apabila mendaftar talian tambahan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker