Letupan gegarkan Riyadh

RIYADH: Sekurang-kurangnya satu letupan kuat menggegarkan Riyadh pada Selasa, tiga hari selepas Arab Saudi memintas satu serangan di ruang udara, ibu negara itu.

Letupan itu menggegarkan tingkap kediamn ibu negara Arab Saudi itu, sekitar jam 1 tengah hari, lapor koresponden AFP dan penduduk setempat.

Di sosial media, beberapa penduduk turut mendakwa mendengar bunyi dua letupan.

Setakat ini, tiada maklum balas dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi, yang menerima beberapa serangan peluru berpandu atau dron sejak pemberontak Huthi di Yaman sejak 2015.

Sabtu lalu, media negara itu melaporkan, gabungan diketuai Arab Saudi yang menyokong kerajaan Yaman menentang pemberontak Huthi, memaklumkan berjaya memintas dan memusnahkan ‘sasaran udara musuh’ yang menuju ke arah Riyadh.

Bagaimanapun, kenyataan ringkas itu tidak menyatakan sumber serangan itu, manakala pemberontak Huthi memaklumkan tidak terbabit dengan serangan berkenaan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khaled di Riyadh memaklumkan, beberapa penerbangan terpaksa ditangguhkan susulan insiden Sabtu lalu itu.

Arab Saudi mengetuai campur tangan tentera menentang pemberontak Huthi sejak 2015 dan sudah beberapa kali menjadi sasaran serangan rentas sempadan. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker