Hadid lantik Tan Sri Apandi Ali sebagai pengerusi baharu

 

KUALA LUMPUR: Kumpulan Syarikat Hadid (Hadid) hari ini mengumumkan pelantikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, sebagai pengerusi berkuat kuasa 15 Januari 2021.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, dengan pengalaman luasnya, Hadid berbesar hati dan yakin kehadiran Apandi akan meningkatkan prestasi perniagaan di dalam dan luar negara.

“Dengan lebih dari 16 tahun pengalaman dalam dan luar negara, Hadid optimis syarikat akan terus maju walaupun dengan pelbagai cabaran akibat COVID-19

“Pelantikan Tan Sri Apandi sebagai pengerusi pastinya akan menyumbang kepada pengembangan perniagaan Hadid di luar negara,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menyebut, Hadid sebuah syarikat kejuruteraan yang memberi tumpuan kepada industri tenaga dan ICT, merupakan pemain utama yang mewakili Malaysia di rantau Asia Tengah.

Ia mempelopori usaha menembusi pasaran minyak dan gas di Kazakhstan sejak 2016, dan kini mengembangkan perniagaannya ke Uzbekistan dalam sektor telekomunikasi.

Sehingga kini, Hadid beroperasi dengan tiga ibu pejabat iaitu di Kuala Lumpur, Almaty, dan Tashkent.

Leave a Reply