Politikus khianat mandat rakyat pasti terima hukuman!

Rakyat sudah cukup terhimpit, jangan ditambah dengan krisis rebut kuasa

BANGI, 10 Jamadilakhir 1442H, Sabtu – Mandat rakyat tidak boleh dikhianati serta dijual beli dengan harga politik yang murah hanya kerana kepentingan diri atau bujukan hawa nafsu.

Atas sebab itu, ahli politik yang tiada pendirian dan prinsip bahkan menjadi pak sanggup sehingga lupa mandat dan amanat yang diberikan pasti menerima ‘hukuman’ oleh rakyat.

Pemerhati politik, Mohd Luttfi Abd Khalid percaya tatkala negara dilanda COVID-19, rakyat tidak terlalu fanatik dengan permainan dan pencak silat politik kepartian melebihi kebimbangan dan kerisauan mereka terhadap situasi pandemik sekarang dan kesannya ke atas mereka.

Mandat rakyat, mandat suci



Katanya, realiti pergolakan politik dan perebutan kuasa di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang semakin serius bukan suatu perkembangan yang dinanti-nantikan dengan penuh minat atau membawa maslahat kepada seluruh rakyat.

Tegasnya, negara dan rakyat sudah cukup terhimpit dan terkesan dengan pandemik ini dan menghadapi masa depan yang sangat tidak menentu dari aspek-aspek sosial, ekonomi, politik, kejiwaan, kekeluargaan dan keselamatan hidup secara umum.

“Justeru, para politikus ini semua perlu diberi peringatan, amaran dan ancaman bahawa yang menaikkan mereka ke jawatan dan kedudukan mereka yang mewah sekarang datangnya dari tangan-tangan rakyat yang memangkah di peti-peti undi.



“Ia bukan satu mandat yang boleh dikhianati dan dijual beli dengan harga politik yang sangat murah atau dilemparkan ke sebelah menurut kepentingan diri sendiri atau bujukan hawa nafsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan segelintir pihak yang mencabar proklamasi darurat yang dilaksanakan oleh kerajaan di mahkamah.

Terbukti Warisan Gagal Bela Nasib Rakyat Sabah Ketika Negara Dilanda Covid-19



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker