Terbukti Warisan Gagal Bela Nasib Rakyat Sabah Ketika Negara Dilanda Covid-19

Share

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, yakin ramai pengundi Cina sudah kembali mempercayai hanya BN yang mampu membela nasib rakyat.

Datuk Chew Kok Woh berkata pandemik Covid-19 menjadi saksi kegagalan kerajaan Warisan membela nasib rakyat.

Masyarakat Melayu Sambut Baik Calon BN Meskipun Berbangsa Cina
“Saya telah bertemu ramai pengundi Cina di kawasan ini dan rata-rata kembali menyedari hanya BN yang mendengar masalah rakyat. Contohnya ketika COVID-19 melanda negara, rakyat Sabah tidak mendapat bantuan yang dijanjikan oleh Warisan. Kalau kerajaan persekutuan tidak menghulurkan bantuan maka sudah pasti kehidupan mereka akan amat susah.

“Jadi, saya yakin ada peningkatan pengundi Cina yang akan memberi kemenangan kepada BN pada 26 September ini nanti,” katanya memetik laporan UMNO Online.

Kok Woh berkata demikian selepas ditemui di program “walkabout” di Kampung Bokara, Batu Sapi.

Tambah Kok Woh, sepanjang 2 tahun di bawah pentadbiran Warisan, rakyat Sabah mula dapat membandingkan parti mana yang benar-benar dapat membela nasib rakyat.

“Ramai pengundi kata kepada saya mahu ubah balik kerana hanya BN yang menepati janji, bukan macam Warisan yang pandai berjanji tetapi tidak tunaikan. Bila habis pilihan raya, muka mereka tidak kelihatan lagi, mereka juga tidak berjumpa rakyat yang memberi undi kepada mereka.

“Di Kampung Bokara ini contohnya, saya dapat lihat permasalahan mereka iaitu perumahan. Mereka perlukan tapak baru untuk membina rumah dengan segera kerana rumah di atas air ini sudah hampir sampai ke sempadan pelabuhan, maknanya tidak boleh bina rumah lagi. Jadi, sekiranya BN menang, saya akan berusaha menyelesaikan masalah ini,” ujar beliau lagi. BN

Leave a Reply