Kenaikan harga barang tambah beban rakyat – Tok Mat


Kerajaan disaran segera melaksanakan langkah-langkah untuk mengatasi kenaikan harga barangan terutaman bekalan makanan mentah.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kebelakangan ini rakyat semakin terbeban dengan trend kenaikan harga barangan secara berterusan apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan semula.

“Sesuatu mesti segera dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini.

“Dasar kecukupan dan keselamatan makanan bukan sekadar memasti kecukupan bekalan tetapi juga memastikan harga makanan selari dengan kuasa beli rakyat,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Mohamad yang juga Ahi Dewan Undangan Negeri Rantau berkata, ramai rakyat Malaysia kehilangan mata pencarian akibat pandemik Covid-19.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan kuasa beli segelintir rakyat berada pada tahap yang genting, justeru tanpa intervensi kerajaan, mereka bukan sahaja akan miskin tetapi juga hidup dalam keadaan lapar serta tidak mempunyai kecukupan makanan.

“Tindakan dan inisiatif pemantauan harga makanan dan bekalan barangan keperluan asas mesti segera dipertingkatkan,” katanya.

Mohamad juga mencadangkan kepada kerajaan supaya menggalak dan menghulurkan bantuan untuk pertanian bandar.

Penduduk Malaysia, terutamanya mereka yang menetap di bandar, katanya, boleh menerima pakai konsep edible garden di kediaman mereka.

“Gunakan tanah lapang di persekitaran rumah untuk menanam sayuran termasuk menanamnya dalam pasu.

“Penanaman sayur-sayuran di rumah mampu mengurangkan kos sara hidup seharian dan memudahkan akses kepada bekalan sayuran segar tanpa kebimbangan penyebaran Covid-19 di pasar raya,” katanya.

Bagi golongan rentan, Mohamad mencadangkan supaya segera dipertimbangkan pemberian ‘voucher’ makanan dan barangan runcit.

Katanya, negara maju telah lama melaksanakan intervensi ‘food stamp’ dan ‘voucher’ barangan perlu.

‘Voucher’ sedemikian bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan keluarga yang paling terhimpit, ia juga dapat menjana pendapatan pemilik dan pengusaha kedai runcit.

“Bantuan tersebut secara langsung juga akan meningkatkan pengguna agregat dan membantu peniaga kecil, pengusaha pasar raya serta restoran,” katanya.

Hari ini genap setahun MalaysiaGazette merekodkan kes pertama Covid-19. MG

Skim pencen mungkin tiada lagi tahun depan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker