Askar India, China bertempur di sempadan Sikkim


BEIJING – Tentera China dan India dilaporkan bertempur sekali lagi di sempadan dengan kedua-dua pihak dilaporkan cedera.

Kejadian itu berlaku di utara Sikkim pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, tentera India mengatakan insiden ‘kecil’ itu telah ‘diselesaikan’.

Ketegangan itu berlaku di sepanjang sempadan yang telah lama menjadi pertikaian selepas kedua-dua negara menuntut kawasan yang luas.

Pada Jun tahun lalu, kira-kira 20 askar India dilaporkan terkorban di kawasan Ladakh selepas bertempur dengan tentera China.

Kejadian terbaru ini berlaku di lorong Naku La di Sikkim, menurut laporan media.

Wilayah Sikkim terletak di antara Bhutan dan Nepal.

Seorang peronda China cuba memasuki wilayah India dan dipaksa kembali, kata para pegawai.

Tentera India dalam kenyataanya mengakui berlaku pertembungan di wilayah Naku La di Sikkim Utara pada 20 Januari lalu.

Namun, pertikaian itu sudah diselesaikan oleh komander tempatan seperti yang ditetapkan protokol”.

Kedua-dua negara pernah berperang sekali iaitu pada tahun 1962 yang menyaksikan India kalah teruk. MG

Askar maut motosikal rempuh lori

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker