Covid-19 : 3048 kes baru hari ini dengan 11 kematian


Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,048 kes baharu Covid-19 dengan 11 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula mencatatkan rekod 3,638 dilaporkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 145,084.

Katanya, daripada jumlah kes baharu, 3,040 adalah penularan tempatan manakala lapan jangkitan di luar negara.

Status Terkini #COVID19, 25 Januari 2021
Kes sembuh=3,638
Jumlah kes sembuh=145,084 kes
Kes baharu positif=3,048 kes (3,040 tempatan, 8 import)
Jumlah positif=186,849
Kes kematian=11
Jumlah kes kematian=689 kes
Kes dirawat di ICU=261 kes
Bantuan Alat Pernafasan=101

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar kebolehjangkitan R0 1.06, turun daripada paras tertinggi 1.2 sebelum ini.

“Jadi kalau lihat jangkaan kes kita, hari ni 3,000 kes nampak 3048 kes.

“Kurang daripada semalam. Harap dalam dua minggu PKP dari 13 Jan, mungkin dalam masa 14 hari, harap dapat capai kestabilan kes-kes harian.

“Kalau boleh elakkan peningkatan .Kalau boleh 3,000 sekarang R-naught (kadar kebolehjangkitan) pun kurang sikit pada 1.06 daripada 1.2.

“Esok mungkin boleh kurang daripada 1.06. Kalau boleh kurang daripada 1.

“Harap dalam dua minggu, dapat elakkan lonjakan tetapi stabil,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Berita lanjut menyusul

Leave a Reply