Baru 4 Bulan Berniaga, Pasangan Suami Isteri Terpaksa Gulung Tikar… Sudah Jatuh DiTimpa Tangga

Sebaran :

Baru sahaja mahu mencuba mencari rezeki dengan berniaga, Elvyana Sabanius, 29 dan suami Ahmad Shafiq Ahmad Razali, 31 terpaksa menghentikan operasi kedai manisannya.

Kedai manisan yang diusahakan pasangan suami isteri itu selama empat bulan di Seksyen 13, Shah Alam beroperasi kali terakir semalam kerana terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu lagi membayar sewa kedai sebanyak RM3,000 sebulan.

Apa boleh buat, kata Elvyana, nasibnya berniaga disifatkan tidak baik ekoran penularan Covid-19 yang membimbangkan sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi.

MGF22012021_KEDAI-MAKAN-BANKRUP-2

Selama empat bulan berniaga, Elvyana memberitahu, beliau langsung tidak meraih satu sen keuntungan, sebaliknya rugi sebanyak RM40,000 modal yang dikumpul beberapa tahun hasilnya berniaga di tepi jalan sebelum ini.

“Kami terpaksa gulung tikar sebab berniaga sebulan PKP, asyik PKP, kami tidak boleh cover duit berniaga untuk bayar sewa.
Kawasan itu ramai pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Sekarang kan pelajar universiti tidak balik kampus lagi, jadi tempat itu sunyi, ‘mati’.

“Owner kata kena wajib bayar, kena bayar sewa setiap bulan. Kami pun tidak mahulah berhutang kan, jadi lebih baik tutup.

“Modal itu kami kumpul hasil kerja keras berniaga di tepi jalan sahaja sebelum ini. Tapi sebab selalu dikacau oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) jadi kami membuat keputusan untuk menyewa kedai,” katanya kepada MalaysiaGazette.

MGF22012021_KEDAI-MAKAN-BANKRUP-1

Kecewa, itulah yang terluah daripada bibir Elvyana apabila melihat perniagaannya tidak menjadi seperti yang diimpikan seperti ‘pelamin anganku musnah’.

“Kecewa. Hati memang kecewa. Tidak tahu lagi selepas ini mahu buat apa, sama ada mahu berniaga online atau apa. Sebab modal sudah habis,”katanya lagi.

Mengakui masih terkejut dan sukar menerima hakikat, Elvyana akui beliau dan suami perlu meneruskan hidup demi menyara dua orang anak yang berusia lima dan tiga tahun termasuk ibunya.

Ekoran suami membantu perniagaan manisannya sebelum ini dan tidak melakukan kerja lain, mereka ‘gulung tikar’ dalam keadaan tiada rancangan lain.

Apa yang diharapkannya agar pandemik ini akan berakhir dengan cepat supaya tidak ramai peniaga akan mengalami nasib sepertinya.

Sumber : Malaysia Gazette


Sebaran :

Leave a Reply