PKP 2.0: Malaysia kekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 6.5 – 7.5 peratus – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 6.5 peratus dan 7.5 peratus bagi 2021.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam temu bual bersama Bloomberg berkata, sasaran itu masih sama walaupun negara melaksanakan Proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

“Ia masih awal dan kita baru berada pada suku pertama tahun ini. Jadi, kami mengekalkan (sasaran KDNK) tetapi jangkaan kami berada pada risiko dengan (pelaksanaan) PKP.

“Ia (KDNK) akan menjadi sasaran terakhir kami,” katanya dalam temu bual bersama stesen televisyen tersebut, hari ini.

Jelas Tengku Zafrul, kerugian ekonomi harian ketika PKP 2.0 juga dijangka lebih rendah berbanding PKP 1.0 pada Mac tahun lalu, iaitu sekitar RM700 juta sehari.

Katanya lagi, unjuran pertumbuhan 2021 juga disokong dengan baik oleh pakej rangsangan yang sedang dilaksanakan kerajaan termasuk, Pakej Bantuan Ekonomi dan Perlindungan Rakyat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker