“Alah Bisa Tegal Biasa”..Demi Kelas Online, Murid Ini Terpaksa ‘Bersekolah’ Dalam Ladang Kelapa Sawit



Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalannya

Sandakan-Tidak dinafikan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pelbagai aktiviti terpaksa dihadkan dan antaranya adalah sesi pembelajaran di sekolah. Namun perkara itu tidak menjadi penghalang buat seorang pelajar iaitu Muhammad Amru Umair untuk menuntut ilmu.

Pelajar darjah empat yang mengikuti pengajian di Sekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz, Sandakan itu terpaksa ke kawasan ladang kelapa sawit bagi mendapatkan capaian internet yang tinggi kerana tidak mahu terlepas peluang bersuai kenal dengan guru dan rakan-rakan.

Atas bukit ada internet

Memetik perkongsian dari Facebook Wide TV, pelajar itu menggunakan aplikasi Google Meet untuk sesi persekolahan pertamanya. Malah, dia juga sanggup ke ladang kelapa sawit untuk mendapatkan capaian internet yang cukup. Pelajar ini juga berpakaian lengkap uniform sekolah berwarna biru dan memakai songkok putih.

Di atas bukit ni saja la senang dapat line internet sebab di sini tinggi. Tapi terpaksa tahan panas dan banyak nyamuk.

Suai kenal online itu berlangsung selama 45 minit sahaja untuk memperkenalkan guru subjek yang lain. Amru Umair yang ditemani bapanya perlu menunggang motosikal sejauh lebih satu kilometer untuk sampai ke ladang kelapa sawit.

Memang sudah biasa

Menurut Amru Umair, walaupun dia sudah terbiasa dengan keadaan kampung yang tidak mempunyai liputan internet, namun dia tetap berharap ada usaha pihak berwajib untuk menyediakan ekses internet berkelajuan tinggi di kawasan tersebut.




Memang sudah biasa naik bukit atau pergi ke mana-mana kawasan tinggi untuk mendapatkan line internet. Tapi tidaklah sampai panjat pokok. Cukuplah duduk atas motorsikal sahaja.

Sumber & Foto: Wide Tv



Leave a Reply

Your email address will not be published.