Varian UK sudah merebak di 60 negara

 

GENEVA, 7 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Lebih 60 negara dikesan ‘dijangkiti’ varian baharu COVID-19 yang berpunca dari United Kingdom (UK), menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Varian baharu COVID-19 mula dikesan di UK pada pertengahan Disember lalu dan WHO mendapati ia 50 hingga 70 peratus lebih mudah menjangkiti berbanding virus asal.

Bagaimanapun, varian baharu itu dilaporkan tidak begitu ‘ganas’ untuk menyebabkan kematian.

Sebaliknya, varian baharu COVID-19 yang berasal dari Afrika Selatan dan mirip virus dari UK dipercayai lebih mudah tersebar telah dikesan di 23 negara dan wilayah.

Arab Saudi gantung penerbangan antarabangsa susulan varian baru Covid-19

Negara di seluruh dunia kini berusaha mencari jalan bagi membendung penularan varian baharu COVID-19 ketika vaksin masih belum diperoleh secara meluas, ditambah pula kematian global akibat pandemik itu melepasi angka dua juta.

WHO dalam laporan mingguannya menjelaskan, angka kematian meningkat kepada rekod tertinggi 93,000 kes dalam tempoh seminggu, manakala 4.7 juta kes baharu direkodkan dalam tempoh sama.

Syarikat Pfizer serta BioNTech mendakwa, vaksin dihasilkan mereka berkesan menentang virus ditemui di British dikenali sebagai B117. -Agensi

Varian baharu COVID-19 dikesan di Jepun, berbeza dari UK, Afrika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker