Lilin Aromaterapi Gwyneth Paltrow Berbau ‘VAGINA’ Meletup?
Journalis dari Kanada, Jody Thompson berkongsi pengalaman yang tidak baik ketika menggunakan lilin aromaterapi Gwyneth Paltrow. Lilin itu, yang dikatakan mempunyai bau yang serupa dengan alat kelamin wanita, meletup ketika Jody menyalakannya.
Dilaporkan dari The Sun, Jody mengatakan dia terkejut ketika lilin itu meletup dan memadamkan api setinggi 50 sentimeter.
Kejadian itu juga hampir membakar kediaman Jody.
Lilin itu meletup dan mengeluarkan api yang cukup besar dan beberapa percikan api. Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini, semuanya terbakar dan terlalu panas untuk saya sentuh. Api muncul di bilik saya, kata Jody.
Kejadian menakutkan itu sebenarnya membuat Jody ketawa jika diingatkan semula.
Ia boleh membakar seluruh rumah saya. Ia sangat menyeramkan tetapi lucu untuk diingat kerana lilin aroma vagina Gwyneth Paltrow meletup di ruang tamu saya, kata Jody.
Gwyneth Paltrow mengeluarkan lilin beraroma vagina pada Januari 2020. Produk ini dijual melalui laman web dalam taliannya, Goop, dengan harga USD 75.. Lilin itu sebenarnya tidak ada bahan-bahan yang diambil dari alat kelamin wanita. Aromanya sendiri adalah campuran geranium, citrusy bergamot, cedar , Damask rose dan ambrette-Murai.my
Gila! Gwyneth Paltrow Sambut Ulang Tahun ke 48 Dengan Berbogel