Hamzah Zainuddin dimasukkan ke ICU? Ini jawapan pejabat menteri

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan bahawa menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut KDN, tahap kesihatan Hamzah kini dalam keadaan stabil.

“Untuk makluman, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin kini sedang menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan tahap kesihatan beliau berada dalam keadaan yang stabil.

“Sehubungan itu, Pejabat Menteri Dalam Negeri memohon agar semua pihak untuk terus mendoakan kesembuhan kepada YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin,” kata KDN dalam kenyataan media yang diedarkan pada Rabu.

KDN turut memaklumkan, sebarang perkembangan berkaitan tahap kesihatan Ahli Parlimen Larut itu akan dimaklumkan secara rasmi oleh pejabat menteri dari semasa ke semasa.

Terdahulu, tular di laman sosial beberapa pihak mendakwa Hamzah kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana kesihatannya yang merosot akibat COVID-19.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri itu disahkan positif COVID-19 pada 12 Januari lalu-Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker