Menantu lelaki Noh Omar positif COVID-19
Menantu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dilaporkan positif COVID-19.
Ahli Parlimen Tanjung Karang itu memaklumkan perkara tersebut menerusi kemas kini di laman Facebook, sebentar tadi
Katanya, menantu lelakinya itu tinggal bersama dengan beliau sekeluarga.
“Tanpa diduga menantu saya, Hisham (disahkan) positif COVID-19.
“Pagi ini saya sekeluarga telah menjalani ujian COVID-19. Mohon sahabat-sahabat dapat mendoakan keputusan kami sekeluarga negatif dan dipermudahkan dalam semua urusan,” tulisnya dalam kemas kini tersebut, hari ini.