Diuji atau tidak, kontak rapat mesti diasingkan – Noor Hisham

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjawab kebimbangan yang timbul ekoran keputusan untuk tidak melakukan ujian ke atas semua kontak rapat pesakit Covid-19 boleh menyebabkan virus itu merebak tanpa disedari.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata tidak kira sama ada seseorang itu diuji saring atau pun tidak, mereka tetap mesti mengasingkan diri sekiranya mereka terdedah kepada mana-mana pesakit Covid-19.

“Untuk makluman, kontak rapat kepada kes positif perlu menjalani kuarantin atau pengasingan sama seperti yang diamalkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, KKM mengeluarkan pekeliling berkenaan prosedur baru, iaitu KKM tidak lagi melakukan ujian terhadap kontak rapat pesakit Covid-19 yang tidak bergejala.

Bagi pengesanan kluster Covid-19 pula, hanya sebilangan sampel akan diuji, iaitu 20 sampel untuk kluster yang kurang 50 orang, manakala untuk kluster melebihi 50 orang, hanya 30 sampel atau 10 peratus daripada kluster akan diuji – ikut angka terendah.

Kata Noor Hisham, hal ini kerana KKM tidak mampu untuk membuat ujian ke atas setiap orang memandangkan angka kes semasa yang begitu tinggi.

“Keutamaan untuk menjalani ujian swab Covid-19 diberikan kepada mereka yang bergejala.

Sokongan terhadap Muhyiddin mesti diuji

“Ini berikutan kemungkinan ujian swab Covid-19 tidak dapat dijalankan untuk semua kontak rapat khususnya di sesetengah daerah atau negeri yang mempunyai bebanan kes yang amat tinggi.

“Penekanan perlu diberikan kepada usaha mengasingkan semua individu yang terdedah kepada kes positif daripada menjangkiti individu lain,” katanya.

Tambahnya lagi, tempoh kuarantin adalah 10 hari.

Dalam tempoh itu, menurut Noor Hisham, individu dalam kuarantin di rumah harus mengasingkan diri dalam bilik yang berbeza daripada penghuni rumah lain, sebaik-baiknya di ruang yang mempunyai bilik air sendiri.

Jika bilik air harus dikongsi, maka ia perlu selalu disanitasi.

Individu yang melakukan kuarantin juga kata Noor Hisham harus mengelak berinteraksi secara bersemuka dengan penghuni lain, dan melaporkan status kesihatan terkini melalui aplikasi MySejahtera setiap hari.

Dalam perkembangan lain, Noor Hisam berkata Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) mengenal pasti 1,138 katil di 97 pusat perubatan swasta seluruh negara – termasuk 70 katil kritikal – untuk pesakit Covid-19.

Menurutnya ia merupakan salah satu usaha kerajaan untuk bekerjasama dengan hospital swasta bagi melawan Covid-19.

Katanya, mekanisme kerjasama itu masih sedang diperhalusi antara APHM, Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Tidak salah PRU Parlimen dan DUN diasingkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker