Tidak Benci Presiden Tapi Kami Sayangkan UMNO, Berehatlah – Ketua Pemuda UMNO Seremban

Selepas Ketua Pemuda Umno Pontian, Mohd Helmi Buang meminta Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ‘berehat’ daripada memimpin parti itu, giliran Ketua Pemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussin pula menggesa perkara yang sama.

Menurut Zool Amali, perkara itu telah lama disuarakan oleh ahli Umno di peringkat akar umbi terutama golongan muda.

“Saya senada dengan Ketua Pemuda Umno Pontian malah perkara ini sudah lama disuarakan dalam mesyuarat Umno cawangan, bahagian dan Pemuda bahagian di Seremban.

“Saranan ini bukan kerana kami tidak hormat presiden Umno ataupun menidakkan keputusan pemilihan parti, tapi inilah suara pemuda, suara akar umbi.

“Kami tidak membenci presiden, cuma kami sayangkan Umno,” katanya dipetik Utusan Online hari ini.

Semalam, Mohd Helmi meminta Ahmad Zahid berehat daripada memimpin parti itu kerana menurutnya pendekatan pemimpin perlu ada perubahan yang ketara mengikut arus zaman.

Ketika dihubungi Mohd Helmi mempertahankan pendiriannya walaupun terpaksa berdepan tindakan.

“Saya reda, terpulang kepada pucuk pimpinan parti jika nak hukum saya.

“Saya pertahankan pendirian (supaya presiden berehat) saya dan tak akan berpatah balik,”

Gesa Presiden UMNO Berundur, Saya Rela Berkorban Jika Diambil Tindakan

Saranan Mohd Helmi itu disanggah beberapa pemimpin sayap parti itu.

Antaranya Exco Pemuda Umno, Mustafa Shah Abdul Hamid yang berkata ahli Umno sepatutnya bersatu padu dan berdiri teguh di belakang presiden ketika Umno berdepan situasi sukar.

‘Beri Zahid peluang’

Sementara itu, dalam satu kenyataan malam ini, Ketua Pemuda Umno Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain berkata Zahid perlu diberikan peluang untuk terus memimpin Umno.

“Sebagai ahli parti, kita harus menghormati perlembagaan parti. Beliau telah dipilih sebagai presiden melalui pemilihan yang sah.

“Beri beliau peluang untuk mengubah Umno. Meminta beliau berundur tidak akan menyelesaikan apa-apa kecuali mempromosikan lebih banyak perpecahan dalam parti,” kata pemimpin parti Melayu itu dalam kenyataan yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Kata Abdul Aziz, presiden tidak mempunyai kuasa mutlak dan Umno masih mempunyai Majlis Tertinggi untuk melakukan semak dan imbang dalam parti itu.

“Sekiranya kita mempertikaikan presiden, kita harus meminta seluruh anggota majlis tertinggi untuk mengundurkan diri.

“Ingat, kita berada di pusingan terakhir, dan jika kita tidak menyukainya (Zahid), kita masih ada pemilihan parti tahun ini. Sesiapa sahaja boleh mencabarnya jika mereka mahu,” katanya.

Mukhriz Pertahan Mahathir, “Tun Menyatakan Perkara Yang Benar”

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker