Pasport Jepun paling ‘BERKUASA’
Pasport Jepun kini menjadi dokumen perjalanan paling berkuasa menurut Indeks Pasport Henley.
Indeks berkenaan tidak mengambil kira sekatan sementara menjadikan negara matahari terbit itu sekali lagi mendahului negara lain yang menawarkan akses tanpa visa atau visa ketika ketibaan untuk 191 destinasi di seluruh dunia.
Covid-19 bagaimanapun mengubah secara menyeluruh landskap perjalanan seluruh dunia yang mungkin mengambil masa beberapa dekad untuk kembali normal.
Pasport Singapura pula boleh digunakan di 190 negara menjadikan negara itu berada pada tangga kedua pasport paling berkuasa.
Ia diikuti Korea Selatan bersama Jerman di tangga ketiga dengan dengan 189 negara.
Bagi visa percuma untuk 185 negara diberikan kepada New Zealand manakala Australia dengan 184 destinasi yang boleh diakses.
Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan negara Kesatuan Eropah (EU) secara tradisinya mengenakan syarat ketat kepada negara Asia namun pakar menjelaskan kekuatan wilayah Asia lebih baik kerana menjadi negara terawal mengawal pandemik.
Kes Covid-19 kini dilihat semakin meningkat di kedua-dua negara dengan UK kini dikesan menjadi pusat penularan untuk varian terbaharu wabak itu.
Sekatan sementara perjalanan dibuat atas sebab berkenaan menjadikan AS dan UK berada pada tangga ketujuh dalam senarai Indeks Henley.
Realitinya, pemegang pasport AS boleh memasuki kurang 75 negara, manakala UK pula kurang daripada 70 negara.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani beberapa perjanjian pengecualian visa termasuk AS termasuk akses tanpa visa dengan Israel.
UAE menduduki tempat ke-16 dengan perjalanan tanpa visa dan visa ketika ketibaan di 173 destinasi.
Jumlah ini meningkat berbanding 2006 dengan hanya 35 destinasi dibenarkan.
“Setahun lalu, indikasi digunakan dijangka meningkatkan perjalanan global dengan peningkatan kebebasan perjalanan,” katanya.-HM
You must be logged in to post a comment.