Kembali jadi Captain America

BINTANG The Avengers, Chris Evans dilaporkan berpeluang kembali ke Marvel Cinematic Universe selepas dua tahun bersara sebagai watak Captain America dan menggantungkan perisainya.

Menerusi laporan sebuah portal berita, sumber mengatakan Evans diharapkan kembali sebagai Steve Rogers atau Captain America sekurang-kurangnya dalam satu projek terbaharu Marvel.

Namun, ia masih belum jelas sama ada ia sudah dipersetujui atau tidak.



Menurut sumber itu lagi, peluang pelakon itu kembali muncul bukan dalam bentuk filem tersendiri, melainkan sebagai cameo. Situasi berkenaan seperti yang pernah dilakukan Robert Downey Jr selepas filem Iron Man 3 ketika dia muncul dalam film Captain America: Civil War dan Spider-Man: Homecoming.

Peluang Evans kembali dalam Marvel Cinematic Universe semakin cerah selepas Marvel kini aktif beralih ke tontonan streaming, seperti pada projek WandaVision.

 

CHRIS Evans dijangka menerima ‘jawatan’ itu selepas dua tahun bersara
CHRIS Evans dijangka menerima ‘jawatan’ itu selepas dua tahun bersara

 



Selain itu, ia diperkuatkan lagi apabila Marvel telah terjun ke dalam sistem multi-verse pada sekuel Doctor Strange yang membuka lebih banyak pilihan bagi Evans kembali sebagai Captain America.

Sementara itu, Evans dikatakan tidak menafikan atau membantah mengenai perkara terbabit menerusi satu ciapan di Twitter.

“Sebuah berita baru bagi saya,” tulisnya di akaun Twitter miliknya.

Ternyata hantaran itu juga mendapat maklum balas peminat yang mahu menyaksikan dia muncul kembali sebagai Captain America.



Dalam perkembangan lain, Evans dan Ana De Armas dikatakan akan bergandingan sekali lagi dalam filem berjudul The Gray Man.

Sebelum ini, pasangan selebriti itu pernah disatukan dalam filem Knives Out pada 2019.

The Gray Man adalah sebuah naskhah adaptasi novel karya Mark Greaney yang diterbitkan pada 2009.

Difahamkan beberapa selebriti popular bakal membuat kemunculan dalam filem terbabit sekali gus menjadi filem termahal yang pernah dibuat Netflix sepanjang sejarah.-HM



Demi IRON MAN Sanggup habis RM434,913 [Video]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker