Tiada usul dari Pemuda Umno Pontian mahukan Zahid berehat

Tiada usul dikemukakan ataupun diluluskan Pemuda Umno Pontian pada 3 Jan lalu bagi meminta supaya Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi ‘berehat’.

Naib Ketua Pemuda Umno Pontian, Mohd Fauzi Sunawan, berkata saranan yang dibangkitkan ketuanya Helmi Buang adalah bersifat peribadi.

“Selaku Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Pontian, saya ingin membuat penjelasan mengenai kenyataan akhbar Ketua Pemuda Umno Bahagian Pontian berhubung saranan beliau agar DS Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘berehat’.

“Perkara yang beliau nyatakan itu hanyalah pendapat peribadi. Ini kerana tiada usul seumpama itu dibawa atau dilulus semasa Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Pontian pada 3 Jan 2021.

“Malahan dalam mesyuarat khas ahli jawatankuasa Pemuda Bhg pada 29 Dis 2020 ianya tidak pernah dibangkitkan oleh ketua pemuda. Selepas Mesyuarat perwakilan Pemuda pada 3 Jan 2021 juga tiada sebarang mesyuarat jawatankuasa Pemuda bahagaian yang diadakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Pontian, Helmi Buang (gambar) mempertahankan pendiriannya supaya presiden Umno berehat secara terhormat meskipun berdepan tindakan parti.

 

Jelasnya, apa yang disuarakannya adalah pandangan peribadi mahu melihat parti itu kembali meraih kepercayaan rakyat dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Saya reda, terpulang kepada pucuk pimpinan parti jika nak hukum saya.

“Saya pejuang Umno, bukan pejuang individu. Kita nak yakinkan rakyat, jika undi 18 dilaksanakan, Umno akan dilihat lemah dan mereka (pengundi muda) beralih kepada parti lain.

“Saya pertahankan pendirian (supaya presiden berehat) saya dan tak akan berpatah balik,” katanya kepada Malaysiakini.

Dalam pada itu, Mohd Fauzi berkata dia berbeza pendapat dengan ketuanya itu dalam soal pendirian yang mahukan Zahid berehat.

“Selaku naib ketua pemuda bahagian, saya berbeza pendapat dengan beliau.

“Pada pandangan saya Ahmad Zahid adalah Presiden yang sedang menjalankan tugas dengan baik di sebalik cabaran yang sangat hebat dihadapi oleh beliau dan parti serta tidak wajar beliau ‘berehat’,” katanya.

PAS mahukan Muafakat Nasional dan juga Perikatan Nasional

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker