PAS mahukan Muafakat Nasional dan juga Perikatan Nasional

Ketika situasi politik negara dilihat tidak menentu dengan pelbagai perkembangan berlaku dari semasa ke semasa, PAS memberi gambaran mereka kini kekal tenang.

Timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata buat masa ini pendirian PAS tetap sama walaupun Umno – yang menjadi sekutu mereka dalam Muafakat Nasional (MN) – membuat pendirian baru berhubungan hubungan mereka dengan Perikatan Nasional (PN).

“Pendirian PAS tetap sama iaitu perkukuhkan Muafakat Nasional dan pertahankan PN.

“Kita akan adakan perbincangan,” katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.



Ahli parlimen Kubang Krian itu berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini Umno yang membuat pendirian dan cadangan untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, malam tadi memaklumkan parti itu memberi syarat baru kepada kerajaan PN untuk meneruskan kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

“Umno membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong dan akan memberi syarat baru kepada kerajaan bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin,” katanya selepas mesyuarat biro politik majlis tertinggi Umno di Kuala Lumpur. Mk

Apakah Shafie… Parti Warisan Cuba Main Dua Kolam? – Rahman



Related Articles

One Comment

  1. Pas memang perlu kekal tenang tapi bagaimana pula jika situasinya begini – Parti Amanah menyertai Perikatan Nasional. Adakah Pas akan kekal tenang juga? Adakah masih mahu kedua2nya atau hanya mahu mempertahankan MN sahaja?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker