Darurat mungkin tangguh tarikh akhir pilihan raya Sarawak, kata peguam

Tarikh akhir pilihan raya DUN Sarawak, yang dijadualkan Ogos depan, mungkin ditangguhkan hingga Okt, menurut seorang peguam hak asasi manusia.

Simon Siah berkata, penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermaksud badan perundangan Sarawak tidak dapat dibubarkan sehingga darurat ditamatkan.

“Ini bererti mandat anggota dewan sedia ada akan berterusan hingga 1 Ogos, tarikh darurat dijadualkan tamat,” katanya.



Mengikut undang-undang, pilihan raya mesti diadakan 60 hari selepas tempoh badan perundangan berakhir.

Penggal persidangan DUN Sarawak akan berakhir pada 6 Jun dan pilihan raya mesti diadakan menjelang 6 Ogos.

Sekiranya darurat ditamatkan pada 1 Ogos, DUN boleh dibubarkan pada waktu itu, yang bermaksud pilihan raya mesti diadakan selewat-lewatnya pada 1 Okt.

Simon Siah.

Siah berkata, pemimpin kerajaan Sarawak mesti memastikan hak negeri tidak terhakis semasa darurat.



Dalam keadaan darurat, negeri tidak dapat memperkenalkan undang-undang baharu kerana DUN ditangguhkan, dan kuasa untuk membuat undang-undang terletak sepenuhnya pada Yang di-Pertuan Agong.

“Negeri boleh menasihati Agong (melalui perundingan dengan perdana menteri dan Kabinet) untuk memperkenalkan undang-undang negeri sekiranya ia dilihat perlu,” katanya.

Tambah Siah, pemimpin Sarawak dalam kerajaan adalah golongan yang dapat melindungi hak dan kepentingan negeri.

Kerajaan persekutuan dan negeri harus bersama-sama menjelaskan setiap keputusan yang memberi kesan kepada rakyat.



Mereka harus telus berkenaan keputusan besar, terutama yang melibatkan dana awam, katanya.

Beliau mengingatkan pemimpin negeri tentang darurat terakhir diisytiharkan di Sarawak pada 1966 yang membawa kepada penyingkiran ketua menteri ketika itu, Stephen Kalong Ningkan.

Ningkan berusaha membubarkan DUN untuk mengadakan pilihan raya baharu berikutan krisis politik yang berlaku.

Percubaannya gagal apabila kerajaan persekutuan mengisytiharkan darurat, yang menyebabkan gabenor Sarawak memanggil persidangan DUN yang menyaksikan undi tidak percaya terhadap Ningkan diluluskan.



“Cara penyingkiran Ningkan boleh dipersoalkan Ini adalah antara kesan meluas darurat.

“Hakisan hak semasa darurat sentiasa menjadi kebimbangan, walaupun saya tidak menjangka perkara seperti itu akan berlaku kali ini,” kata Siah-FMT

Nampak sangat darurat Abah darurat politik!



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker