Darurat beri PN lebih masa, ‘matikan langkah’ Umno, kata penganalisis

zahid muhyi

 

PETALING JAYA: Penganalisis politik berkata, langkah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan negara di bawah perintah darurat memberi kelebihan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk kekal berkuasa lebih lama.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, Muhyiddin terselamat daripada tumbang setelah Kabinetnya dilihat gagal mengawal penularan wabak Covid-19 sehingga menyebabkan negara terpaksa melaksanakan kembali perintah kawalan pergerakan (PKP) dan darurat.

“Mereka perlu fokus kepada aktiviti menangani wabak Covid-19 merebak. Parlimen digantung dan pilihan raya tidak akan diadakan.

“Ini juga menyelamatkan PN daripada kemungkinan kalah dalam pilihan raya,” katanya kepada FMT.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, semalam mengisytiharkan darurat bagi membendung penularan wabak Covid-19 sehingga 1 Ogos 1 atau lebih awal berikutan kes harian kini mencecah empat angka secara berterusan.

Dalam perutusan khasnya berhubung perkara itu, Muhyiddin bagaimanapun berkata, pelaksanaan darurat bukanlah suatu bentuk rampasan kuasa, sebaliknya menjamin aktiviti ekonomi dan kehidupan rakyat akan berjalan seperti biasa, walaupun PKP dan sekatan pergerakan lain dikuatkuasakan susulan peningkatan kes Covid-19.

Dalam pada itu, Awang berkata, perisytiharan darurat juga memberi bayangan bahawa Umno yang dipimpin oleh Ahmad Zahid Hamidi “mati langkah” kerana tidak dapat melakukan apa-apa keputusan besar dalam tempoh ini.

Umno dijadualkan akan membawa usul memutuskan hubungan dengan PPBM dalam perhimpunan agung parti berkenaan akhir bulan ini selain mengukuhkan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN).

Nampak sangat darurat Abah darurat politik!

Kes pemimpin Umno

Awang berkata, berdasarkan pengumuman Muhyiddin semalam, perdana menteri turut memaklumkan bahawa badan kehakiman akan terus berfungsi untuk menegakkan hukum dan keadilan, sekali gus memberi gambaran bahawa kes membabitkan pemimpin Umno akan terus berjalan.

“Ini menunjukkan perdana menteri mahukan kes mahkamah melibatkan pemimpin Umno diselesaikan dalam masa darurat ini.

“Sudah pasti ramai yang dijangka disabitkan dalam tempoh tersebut,” katanya.

Awang berkata, kerajaan PN akan terselamat daripada “gangguan” pemimpin Umno yang terbabit dengan kes di mahkamah, khususnya bekas perdana menteri, Najib Razak dan beberapa pemimpin Umno lain, termasuk Zahid.

Sementara itu, bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan berkata, pengisytiharan darurat bukanlah kesalahan besar buat Muhyiddin kepada rakyat.

Katanya, perdana menteri tidak perlu meminta maaf kepada rakyat kerana mengambil langkah itu.

Beliau percaya rakyat akan faham dengan situasi yang berlaku ketika ini, memandangkan kes harian membabitkan Covid-19 bannyak meningkat berbanding sebelum pilihan raya negeri Sabah yang diadakan tahun lepas.

“Saya lihat ramai rakyat berfikiran waras pada ketika ini. Ramai melihat pandemik belum berjalan dikawal bagi membolehkan pilihan umum diadakan.

Ini memberi peluang kepada kerajaan untuk terus mentadbir kerana selama ini tadbir urus negara diganggu dan kerajaan tidak dapat menumpu 100% perhatian bagi menangani wabak Covid-19,” katanya.

Azmi juga percaya, pengisytiharan darurat juga tidak menganggu aktiviti politik, sosial dan ekonomi, walaupun menjangka SOP aktiviti sosial dan perniagaan akan menjadi lebih ketat.

Darurat : Ini kata Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker