“AKAN KU JAGAMU HINGGA KE SYURGA” – ZARINA DEDAH PERANGAI AZIL, MANDI SEHARI 10 KALI
“Assalamualaikum Dinner time for azil .. azil ni pembersih dia mandi sehari 10 kali setiap kali turun ke bawah naik atas bilik dia akan terus mandi..
“Baju dia akan bawak turun sendiri satu bakul ke bawah kadang saya pun pening dia main masuk jer semua baju dalam mesin basuh, jadi kena lah kami pantau asingkan balik baju beearna dan baju putih.
“Saya bila tengok keakraban dua beradik kembar ni.. rasanya perasaan mereka sungguh suci tiada prasangka melainkan saling melengkapi.. kasih sayang yg tidak berbelah bagi.. akan ku jagamu hingga ke Syurga,” demikianlah tulis pelakon Zarina Zainuddin.
Klik untuk gambar besar
Dalam entri tersebut, Zarina ada mendedahkan sikap salah seorang anak kembar istimewanya, Muhammad Razil Azrai atau lebih mesra dengan panggilan Azil yang sangat pembersih dan kemas.
Selain itu, pelakon berusia 50 tahun ini menyifatkan Azil sebagai seorang berdikari meski tidak dilahirkan dengan sempurna. Dalam pada itu, Zarina meluahkan rasa sayang terhadap anak istimewanya itu.
Untuk makluman, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22, serta Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.