Semua menteri kabinet jalani ujian saringan Covid-19, tiga positif, kata Dr Adham Baba


Semua menteri Kabinet telah menjalani ujian saringan Covid-19, dengan tiga daripadanya disahkan positif, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Tanpa mendedahkan nama mereka yang positif, Dr Adham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memberi rawatan kepada mereka di fasiliti sedia ada.

“Semua yang kita uruskan untuk buat saringan Covid-19 telah dilakukan dan kita akan beri rawatan kepada tiga jemaah menteri yang disahkan positif Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2021 Kementerian Kesihatan.

Dilaporkan sebelum ini dua menteri Kabinet iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Mohd Harun, telah disahkan positif Covid-19.



Ditanya sama ada menteri Kabinet yang negatif akan menjalani kuarantin, Dr Adham berkata KKM akan membuat penilaian risiko terhadap anggota jemaah menteri sebelum mengeluarkan apa-apa arahan.

“Penilaian risiko akan dibuat oleh KKM bagi memastikan sama ada mereka ini perlu kuarantin atau tidak,” katanya. FMT

Najib tidak setuju KKM cadang pesakit Covid-19 jalani kuarantin di rumah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker