Guru tadika fail permohonan mohon KPN jawab 48 soalan

Guru tadika M. Indira Gandhi memfailkan permohonan supaya Ketua Polis Negara (KPN) bagi menjawab 48 soalan berkaitan siasatan ke atas bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah dalam kes saman dikemukakan wanita itu terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Permohonan interogatori itu difailkan Indira semalam menerusi Tetuan Raj & Sach bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya KPN selaku defendan pertama menjawab soalan-soalan berkenaan secara bertulis melalui afidavit mengikut Aturan 26 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Dalam permohonan itu, Indira antaranya memohon KPN menjawab soalan berkaitan siasatan dijalankan termasuk lokasi bekas suaminya yang sebelum ini dikenali sebagai K. Patmanathan yang didakwa berada di Selatan Thailand.



Sementara itu, peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Indira ketika dihubungi berkata tarikh 14 Januari ini ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof menerusi sistem dalam talian.

Pada 28 Oktober tahun lalu, Indira memfailkan saman terhadap Ketua KPN dan tiga yang lain berhubung kegagalan mengembalikan semula anak perempuan bongsunya berusia 12 tahun yang telah dilarikan oleh bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah, 11 tahun lalu.

Indira, 45, selaku plaintif memfailkan saman itu melalui Tetuan Raj & Sach melalui e-filing dengan menamakan KPN selaku defendan pertama manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan kedua hingga keempat.

Berdasarkan penyataan tuntutan, Indira, mendakwa defendan pertama iaitu Ketua Polis Negara telah dengan sengaja dan cuai tidak menghiraukan perintah mandamus daripada Mahkamah Persekutuan dan telah gagal membuat siasatan atau mengambil tindakan sewajarnya untuk mengembalikan semula anak perempuan bongsu berusia 12 tahun kepadanya.



Plaintif mendakwa kesemua defendan juga mempunyai peranan dalam membuat keputusan atau memberi arahan kepada PDRM, selaku defendan kedua bagi melaksanakan waran komital terhadap bekas suaminya itu yang sebelum ini dikenali sebagai K. Pathmanathan, 51, sepertimana diperintahkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 29 April 2016.

Dakwa plaintif, defendan pertama juga enggan menangkap Patmanathan walaupun mengetahui lokasi lelaki terbabit.

Berita Utama Kes Adib: Malang jika KPN belakangi bukti mahkamah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker