Darurat tanda betapa lemahnya pentadbiran Muhyiddin

Share

Amanah menyifatkan pengisytiharan darurat hari ini walaupun dibuat penuh hikmah atas kepentingan negara dan rakyat oleh Yang di-Pertuan Agong, menggambarkan betapa kelemahan kerajaan PN yang diketuai Muhyiddin Yassin.

Naib presidennya Dr Mujahid Yusof berkata, kelemahan itu terpapar sehingga kerajaan terpaksa bergantung kepada Perkara 150 (perlembagaan) demi melindungi kegagalannya.

“Pelbagai akta dipinda di Parlimen atas sokongan semua ahli parlimen untuk perkukuhkan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP). Apakah Muhyiddin gagal gunakan peruntukan eksekutifnya ataukah kabinetnya terlalu lemah sehingga pandemik gagal dikawal dengan kuasa yang ada?

“Atau fokus Muhyiddin dan kabinetnya terpesong dari mentadbir negara dan hanya tertumpu kepada memikirkan hakisan sokongan majoriti yang semakin ketara.

“Apakah darurat sebagai peluang kepadanya mengekalkan kuasa tanpa majoriti?” Soalnya dalam kenyataan media susulan pengisytiharan darurat, hari ini.

Dalam pengumuman yang disiar secara langsung pagi tadi, Muhyiddin berkata ia dilaksanakan bagi meningkatkan penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam ketika negara berdepan dengan penularan pandemik Covid-19.

 

Sebuah jawatankuasa bebas melibatkan anggota parlimen kerajaan dan pembangkang akan diwujudkan semasa tempoh darurat.

Pengisytiharan itu juga antara lain menyebabkan sidang Parlimen digantung dan pilihan raya tidak diadakan sepanjang ia berkuat kuasa.

Mujahid yang merupakan ahli Parlimen Parit Buntar berkata, penggantungan fungsi dewan undnagan negeri (DUN) dan parlimen menimbulkan persoalan mengenai kegagalan Muhyiddin untuk bertanggungjawab terhadap legaslatif.

“Apakah Muhyiddin enggan berhadapan dengan realiti hilang majoriti di parlimen yang menghantuinya?

“Apapun persoalannya, semoga negara kita selamat bukan sahaja dari pandemik global tetapi juga terselamat dari pandemik politik belot yang asasnya sangat fobia untuk mengabsahkan majoriti yang semakin hari hilang dari genggamannya,” kata Mujahid.

Selepas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yakub, seorang lagi wakil rakyat BN hari ini iaitu Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menarik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Amanah, Faiz Fadzil berkata pengumuman darurat oleh Muhyiddin telah menimbulkan banyak tanda tanya.

Ini kerana katanya, pengumuman beberapa ahli Parlimen Umno yang menarik balik sokongannya telah menjadikan kerajaan PN – yang selama ini memiliki sokongan 111 daripada 220 ahli Parlimen – tidak lagi mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.

“Dalam keadaan ekonomi yang semakin parah dan pelaksanaan PKP dan PKPB atau seumpamanya dianggap memadai, alasan darurat ini sesuatu yang unprecedented, apatah lagi pentadbiran kerajaan berfungsi seperti biasa kecuali Parlimen.

“Tiada relevan menggantung Parlimen dengan darurat kali ini. Muhyiddin bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat alasan kukuh kenapa Parlimen perlu digantung.

“Dia seharusnya bertindak jujur dan berperlembagaan dengan menasihatkan Agong untuk melantik perdana menteri yang mempunyai majoriti sokongan kerana ia boleh dilakukan tanpa perlu undian di Parlimen” katanya.

Tambah Adun Permatang Pasir itu, sebagaimana lantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri tanpa melalui undian di Parlimen, perkara sama juga boleh dilakukan demi memastikan sebuah kerajaan stabil dapat diwujudkan bagi mendepani wabak Covid-19.

“Sama ada Presiden PKR Anwar Ibrahim atau sesiapa ahli Parlimen lain mempunyai majoriti, terpulang kepada Agong menentukannya sepertimana Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang perlantikan PM baru,

Leave a Reply