Hishammuddin kongsi foto beri petunjuk akan dilantik TPM?
BEBERAPA perkongsian gambar oleh Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di media sosial rasmi miliknya seolah-olah ingin memberi petunjuk tertentu kepada orang ramai.
Pada 9 Januari lalu, Hishammuddin memuat naik fotonya bersama isteri menziarai makam ibundanya Allahyarhamah Tun Suhailah Mohamed Noah dan makam ibu saudaranya Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah yang dikebumikan sebelah menyebelah di Makam Pahlawan.
“Ampunilah kekhilafan bondaku, Allahyarhamah Tun Suhailah dan ibu saudaraku, Allahyarhamah Tun Rahah. Terimalah amal kebaikan, lapangkanlah kubur dan cucurilah rahmat ke atas roh mereka. Amin ya rabbal alamin,” doa Hishamuddin.
Hishammuddin yang merupakan sepupu kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu semalam dia memuat naik gambar beliau dan isteri menziarahi makam ayahandanya, Allahyarham Tun Hussein Onn yang merupakan perdana menteri ketiga.
“Sebak duduk di sisi pusara ayahanda tercinta, Allahyarham Tun Hussein Onn dan beberapa tokoh di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
“Semoga segala jasa serta pengorbanan mereka demi keluarga, rakyat dan negara menjadi asbab rahmat Allah SWT yang berpanjangan ke atas roh mereka. Al-Fatihah,” kata Hishammuddin.
Beliau yang juga cucu pengasas dan presiden pertama UMNO, Allahyarham Datuk Onn Jaafar selang beberapa jam kemudian memuat naik gambar pertemuan beliau dengan Najib.
“Berdua dengan Najib Razak, bertemu di kediaman Allahyarhamah Tun Rahah tadi,” kata Hishamuddin ringkas tanpa memperincikan perbicangan yang dilakukannya bersama Ahli Parlimen Pekan itu.
Beberapa portal hari ini melaporkan bahawa Ahli Parlimen Sembrong yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong itu akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri minggu ini.
Pelantikan itu didakwa akan dilakukan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meredakan ketegangan politik yang wujud antara UMNO dan parti Bersatu yang dipimpin olehnya.
UMNO dilaporkan membawa usul persidangan bahagian agar memutuskan perhubungan dengan Bersatu ke Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung pada 31 Januari ini.
Parti itu juga membuat keputusan untuk tidak melakukan kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
Beberapa pemimpina parti itu termasuk Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan turut mendesak agar Pilihan Raya Umum dilakukan segera bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu.-SM
https://mykmu.net/2018/02/05/tertanya-tanya-apa-motif-ustaz-abu-shafiq-memperlecehkan-pm/
You must be logged in to post a comment.