2,232 kes baru Covid-19, 4 kematian

Sebaran :

 

PETALING JAYA: Selangor terus mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 557 kes daripada 2,232 kes baru Covid-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,226 kes adalah penularan tempatan, manakala bakinya jangkitan di luar negara.

Katanya, bagi kes penularan dalam negara, 1,769 kes adalah warganegara dan 457 kes bukan warganegara.



“Daripada jumlah kes harian dilaporkan di Selangor, sebanyak 404 kes daripada kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya dalam kenyataan.

Negeri lain yang turut merekodkan kes positif harian tertinggi adalah Johor sebanyak 396 kes diikuti Sabah (374), Kuala Lumpur (204) dan Sarawak (153).

Dengan itu, jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 138,224 kes.



Hisham berkata, sehingga kini terdapat 187 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), yang mana 87 memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 1,006 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 109,115.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian 555.



“Tiga kes dilaporkan di Selangor dan satu kes di Sabah berumur antara 47 hingga 56 tahun membabitkan tiga warganegara dan seorang bukan warganegara,” katanya.


Sebaran :

Leave a Reply