Lelaki pecah saluran pernafasan akibat tahan bersin


SEORANG lelaki berusia 34 tahun di England telah dimasukkan ke wad kecemasan di Leceister Royal Infirmary Hospital selepas dia tanpa sedar, telah memecahkan saluran pernafasan sendiri.
Puncanya? Hanya kerana lelaki malang itu cuba menahan bersin.

Media antarabangsa melaporkan, lelaki itu seperti terasa letupan kecil di bahagian tekaknya, disusuli dengan rasa kesakitan yang mendalam, selepas dia menahan bersin.

Ekoran situasi itu, lelaki berkenaan mengadu mengalami kesukaran untuk menelan atau bercakap.

Pemeriksaan lanjut doktor mendapati terdapat kesan bengkak yang ketara di bahagian tekak dan leher.

Imbasan X-ray menunjukkan tekaknya telah pecah dan angin yang disedut telah melepasi rekahan di saluran pernafasan dan terus ke tisu berhampiran.

Lelaki malang itu terpaksa makan dan minum melalui tiub, bagi membolehkan tisu yang terjejas kembali pulih.

Pakar kesihatan di hospital itu berkata tindakan menahan bersin dengan cara menutup hidung adalah sesuatu yang sangat merbahaya dan perlu dielakkan.

Jadi tolong jangan tahan bersin anda!

Polis tahan 3 individu tawar seks

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker