COVID-19: Vaksin China selamat dan berkesan – Pakar AS


Pakar Kesihatan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan vaksin COVID-19 dihasilkan Sinovac dan Sinopharm adalah selamat, berkesan dan berbaloi atau sepadan dengan hasilnya.

Menurut Kate Tulenko, walaupun vaksin dari negara China itu bersifat tradisional, namun ia berupaya membunuh virus koronavirus apabila disuntik ke badan manusia.

Malah, vaksin berkenaan lebih mudah dikendalikan dan boleh disimpan di tempat simpanan sejuk biasa.

“Semestinya Pfizer dan Moderna adalah mRNA, yang merupakan jenis vaksin baharu, dan ia dilancarkan untuk pertama kali.

“Dua vaksin China, bagaimanapun, adalah vaksin tradisional yang mampu membunuh virus berkenaan apabila disuntik ke badan dan badan akan memberi tindak balas.

“Ia tidak memerlukan begitu banyak rantaian penyejukan kerana ia boleh disimpan di peti sejuk biasa,” katanya dalam temu bual bersama China Global Television Network (CGTN).

Malah kata Tulenko, vaksin yang dihasilkan di China dan negara-negara seperti Rusia dan India adalah lebih mampu milik.

Ia berikutan, kos membangunkan vaksin Pfizer, Moderna, Johnson&Johnson, dan AstraZeneca menelan belanja yang besar berikutan ia dihasilkan di negara Eropah dan AS.

Vaksin yang dibangunkan di Rusia dan China lebih berpatutan kerana kos buruh dan kos bekalan yang lebih rendah.

Katanya, walaupun vaksin China itu mungkin tidak setanding dengan vaksin Moderna dan Pfizer, namun pembelian vaksin berkenaan adalah cukup berpatutan. Awani

Saintis China yakin 99 peratus vaksin keluarannya berkesan rawat COVID-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker