3 ditahan pukul ikan lumba-lumba hingga mati

NEW DELHI: Polis kelmarin menahan tiga individu di negeri utara India, Uttar Pradesh kerana memukul ikan lumba-lumba yang terancam sehingga mati menggunakan kapak.

Dalam video yang dikongsi secara meluas oleh media India dan media sosial, sekumpulan lelaki kelihatan memukul ikan lumba-lumba gangetik menggunakan kayu sebelum salah seorang daripada mereka menetak menggunakan sebilah kapak.

“Insiden itu berlaku pada 31 Disember dan kami telah menahan tiga individu yang terbabit melakukan perbuatan kejam berkenaan,” kata polis tempatan, Dinesh Prasad kepada AFP menerusi telefon.

Menurut Dana Hidupan Liar Dunia (WWF), hanya terdapat sekitar 1,200 hingga 1,800 spesies terancam itu di dunia.

Prasad berkata, punca ikan berkenaan dibunuh masih samar.

Untuk rekod, dalam video yang tular itu, salah seorang lelaki yang bertindak memukul hidupan laut berkenaan ada menyebut mereka berbuat demikian tanpa sebab.

Ikan lumba-lumba yang boleh mencapai berat sehingga 170 kilogram itu hanya boleh dijumpai di Nepal, Bangladesh dan India. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker