Mengadap YDPA dan bermesyuarat bersama PM antara aktiviti Tok Pa sebelum disahkan Positif Covid-19

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin adalah antara pemimpin Bersatu yang menghadiri mesyuarat bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mustapa Mohamad yang disahkan dijangkiti Covid-19 semalam

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan mengesahkan Mustapa menghadiri mesyuarat majlis pimpinan tertinggi Bersatu pada 6 Januari lalu.

Bernama melaporkan Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat itu di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya.



Wan Saiful berkata mesyuarat itu diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, Wan Saiful berkata pemimpin Bersatu yang hadir mesyuarat itu telah diberitahu untuk melakukan ujian pengesanan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

“Sebagai langkah pencegahan, semua ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu serta semua yang hadir semasa mesyuarat tersebut telah diarahkan untuk mengambil ujian pengesanan Covid-19 serta merta dan dan mengambil langkah-langkah yang perlu berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh KKM,” katanya dalam satu kenyataan.

Mustapa hari ini disahkan positif Covid-19 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya.



Keputusan tersebut diketahui malam semalam (9 Januari) selepas dia menjalani ujian Covid-19 sebaik tiba di Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimanapun, ujian yang dilakukan terhadap Mustapa pada 1 Januari menunjukkan keputusan negatif.

Berdasarkan catatan di Facebook Istana Negara, Mustapa juga mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 4 Januari.

Selepas itu, Ahli Parlimen Jeli itu juga menziarahi mangsa banjir di beberapa lokasi di kawasannya.



Hilang Majoriti: Muhyddin perlu segera mengadap Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker