Sahut Cabaran Pakai Pakaian Yang Sama Selama 100 hari, Wanita Ini Tekad Tidak Akan Membeli Pakaian Baru Lagi

Kebanyakan wanita akan mengahabiskan beratus-ratus ringgit untuk membeli pakaian baru setiap bulan. Apa tidaknya, budaya ootd adalah salah satu tarikan di media sosial di mana masing-masing ingin beraksi seperti model dengan gaya tersendiri.

Namun lain pula bagi seorang wanita ini yang memutuskan untuk memakai pakaian yang sama selama 100 hari dalam satu cabaran tanpa fesyen yang disertainya.

Sarah Robbins-Cole telah memakai sehelai dress Rowena berwarna hitam miliknya yang sama selama 100 hari berturut-turut dan cabaran itu membuatkan dia tekad untuk tidak membeli baju baru lagi.

Dia memakai pakaian itu untuk kerja, ketika keluar bersiar-siar, apabila bersantai di ruang tamu malah pada hari Krismas juga.

Wanita berusia 52 itu memutuskan untuk menyertai cabaran tersebut dalam usaha untuk menyelamatkan planet.

Dalam cabaran itu, peserta dibenarkan membasuh dan mengeringkan pakaian ketika waktu tidur, tetapi dalam waktu mereka berjaga, mereka perlu memakai pakaian yang dipilih untuk dipakai selama 100 hari.

Sesiapa yang dapat mengahabiskan cabaran tersebut memenangi baucar bernilai $100, untuk membeli pakaian baru.

Menyertai cabaran berkenaan membuat Sarah sedar bahawa memakai pakaian yang sama setiap hari tidak mengambil apa-apa dari hidupnya.

Selain itu ia juga mengubah cara dia berbelanja dan tentu sekali mengurangkan pakaian yang perlu dicuci.

Kredit: HCL

Berbelanja besar mahu nampak seperti ‘BARBIE’, pemuda ini sedih tiada wanita mahu sudi bercinta

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker