Najib nafi jadi dalang UMNO tolak Bersatu, PN

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau merupakan individu yang menjadi dalang dalam penolakan UMNO untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya beliau berkata, keputusan tersebut diputuskan oleh hampir kesemua bahagian UMNO yang telah bermesyuarat sebelum ini.

Menurutnya, dakwaan yang mengatakan bahawa beliau menolak kerjasama tersebut disebabkan mahu kes mahkamahnya digugurkan juga adalah tuduhan yang tidak berasas.

“Setelah keputusan mesyuarat perwakilan seluruh UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu, saya tengok page pro-PN Otai buat puluhan hantaran tentang saya serta propaganda yang tersebar melalui WhatsApp yang tuduh saya adalah dalang untuk menolak Bersatu serta kerjasama dalam kerajaan PN.

“Kononnya saya buat begitu sebab saya mahu kes mahkamah saya digugurkan. Kenapa pula saya adalah dalang sedangkan keputusan menolak kerjasama dengan Bersatu ini adalah keputusan hampir semua bahagian-bahagian UMNO?

“Adakah Najib masih begitu berpengaruh untuk mengarahkan hampir semua perwakilan dalam semua bahagian UMNO? Dah lebih dua tahun setengah, saya bukan lagi Presiden UMNO atau Barisan Nasional. Ahli Majlis Tertinggi UMNO pun bukan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Mengulas lanjut, Najib berkata, ramai pihak lupa bahawa beliau telah berikrar untuk meneruskan kes mahkamah yang dikenakan ke atasnya oleh Peguam Negara sebelum ini walaupun berlakunya pertukaran hakim bagi perbicaraan tersebut.

Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Pekan, beliau juga tidak pernah menulis sebarang surat representasi kepada Peguam Negara bagi meminta supaya kesnya digugurkan.

“Cuba fikir kenapa saya tidak mahu menjadi seperti Lim Guan Eng yang kesnya telah digugurkan setelah perbicaraan bermula. Jika kes saya ditarik balik maka saya akan kehilangan peluang agar nama saya dibersihkan sepenuhnya.

“Dan keraguan ke atas saya akan terus menghantui saya seumur hidup jika kes ditarik balik begitu sahaja. Sebab itu saya tidak mahu jadi seperti Guan Eng.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker