Cadangan “BATAL SPM”, Kumpulan Pendidikan Tidak Gembira

PETALING JAYA: Beberapa kumpulan pendidikan menolak cadangan membatalkan peperiksaan SPM 2020 kerana ia berisiko menjejaskan masa depan pelajar.

Baru-baru ini, Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dalam surat rayuan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) mencadangkan peperiksaan itu dibatalkan dan sijil diberi berdasarkan hasil kerja kursus, peperiksaan percubaan dan penilaian guru.

Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka, Mak Chee Kin memberitahu FMT, bergantung pada hasil kerja kursus dan keputusan peperiksaan percubaan mungkin menyebabkan sebilangan pelajar mendapat gred lebih rendah daripada sepatutnya dalam peperiksaan sebenar.

“Pelajar mungkin bertambah baik selepas (peperiksaan) percubaan. Setiap orang maju dengan cara berbeza. Jadi, tidak wajar mengambil kira peperiksaan percubaan.

Mak Chee Kin.

“Juga, sesetengah pelajar mungkin mengambil mudah pembelajaran dalam Tingkatan 4, tanpa menyangka kerja mereka tiba-tiba diambil kira untuk skor SPM. Mereka mungkin menunjukkan prestasi berbeza kalau tahu.”

Mak berkata, dengan pengetahuan yang diperoleh daripada menangani pandemik COVID-19 tahun lalu, peperiksaan itu sepatutnya boleh diadakan tanpa isu.

“Peperiksaan tidak akan memburukkan lagi penularan COVID-19 kerana tempat duduk dijarakkan dan semua orang mematuhi SOP untuk sekolah. Tarikh peperiksaan sudah ditetapkan dan perlu diteruskan. Pelajar dan guru sudah bersedia.”

November lalu, KPM mengumumkan peperiksaan SPM 2020 ditunda ke bulan depan.

Presiden Ikatan Guru-guru Muslim (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata, peperiksaan percubaan tidak boleh dijadikan kayu pengukur terhadap prestasi dan kemampuan pelajar kerana ada segelintir sekolah tidak dapat menjalankan beberapa ujian serta kerja kursus dalam talian akibat kekurangan kemudahan teknologi.

Mohd Azizee Hasan.

“Jadi, jika penilaian ini dibuat tanpa melibatkan peperiksaan SPM sebenar, keabsahan keputusan pelajar itu boleh dipertikaikan.”

Beliau mencadangkan pelajar di kawasan berisiko tinggi dibenarkan datang lebih awal ke pusat peperiksaan khas, di mana SOP Kementerian Kesihatan dan KPM boleh dikuatkuasakan.

Dalam keadaan ekstrem, katanya, pelajar boleh menduduki peperiksaan ketika berada di hospital.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock menyifatkan SPM sebagai “ujian yang paling umum dan sumatif dalam kehidupan pelajar kita” serta sebarang keputusan untuk mengubah pensijilan perlu dibuat dengan berhati-hati kerana “itu adalah permulaan bagi laluan kerjaya pelajar”.

Harry Tan Huat Hock.

Peperiksaan SPM selaras peperiksaan global lain dan digunakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Justeru, Tan yakin adalah penting untuk menjaga integritinya.

“Kita mesti mengekalkan standard SPM dengan apa jua cara supaya sistem pendidikan kita benar-benar bertaraf dunia dan tidak mendapat nama buruk.”

Perunding pendidikan, Tan Ai Mei berkata, peperiksaan adalah bahagian yang penting dalam proses pendidikan dan pelajar perlu mendudukinya walaupun ketika pandemik, dengan pilihan digital untuk ujian jarak jauh, jika perlu.

Katanya, ada banyak masa untuk pelajar membuat persiapan menduduki peperiksaan kerana ramai guru sudah lama menghabiskan silibus pelajaran.

Tan Ai Mei.

Katanya, pandemik tidak patut dijadikan alasan untuk kemerosotan standard pendidikan.

“Ia terpulang kepada pelajar untuk mempunyai sikap yang betul. Jika mereka tidak mahu mengambil (peperiksaan), jika mereka menunjukkan prestasi lemah, itu bukan masalah pandemik.

“Mereka semua perlu bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka. Ini adalah tingkatan lima, bukan darjah lima,” katanya.

Related Articles

17 Comments

  1. Saya berharap bahawa spm tidak dibatalkan kerana ujian percubaan saya yg sebelum ini tidak memuaskan bagi saya.

    1. Katanya peperiksaan percubaan diguna pakai sekiranya berlalu sesuatu yang tidak diingini.. Tolong faham keadaan pelajar jugaa buka semua pelajar mampu menangani masalah di rumah dengam masalah family yg selalu bergaduh dan mempunyai bilangam kanak kanak yang ramai.. pelajar boleh jadi stress..klau dah hadap benda ni stiap hari mereka akan kurang menumpukan pelajaran dan akam lalai serta stress dgn spm nanti ..tolong faham pelajar tidak dapat fokus seperti mana mereka belajar di sekolah..it’s not fair ..kami perlu menggunakan peluang markah percubaan ini..di rumah bukan ada cikgu nak mntak tolong…please la dah penat tiap hari nak stress ..tolong la faham perassan pelajar..kitorang perlukan peluang mngunakan markah percubaan untuk spm nnti..kita sekarang dah dalam pendemik covid-19 so kitorang perlu guna markah percubaan kitorang tak nak covid ni menular ketika kitorang spm ! Kitorang nak jawap spm dgn tenang seperti bekas pelajar spm yang tahun lalu..TOLONG LA FAHAM KITORANG 😭

  2. Tolong fikir perasaan pelajar juga. Bukan semua orang dekat rumah boleh uruskan masa. Ada sesetengah mereka tidak ada masa untuk belajar disebabkan kesibukan di rumah. Bukan semua ahli keluarga memahami kami pelajar SPM memerlukan ruang. Ada dari kalangan saya sendiri melalukan kerja rumah seperti mengemas, memasak, menjaga adik masih kecil. Belajar secara atas talian bagi saya sendiri tidak memberi apa apa kesan positif. Bukan semua pelajar sekali di ajar terus faham. Kami tidak mempunya kelas tambahan seperti pelajar pelajar tahun lepas. Saya setiap hari belajar untuk membuat persiapan SPM tapi saya makin lama makin tak rasa nak teruskan. Ramai dari rakan saya sendiri, yang pada mulanya seorang yang sangatlah rajin, tidak pernah giveup dan sentiasa positif tetapi kini, mereka senyap sunyi. Tak masuk kelas, bila kami tanya mereka diam seribu bahasa. Saya yakin, ramai lagi pelajar SPM 2020 mengalami stres yang melampau. Sampaikan saya sendiri mula giveup dengan pelajaran. Kawan kelas saya juga kini ada yang sebok bekerja tanpa menghiraukan pelajaran. Bukan semua orang berkemampuan. Sesetengah daripada kami, terpaksa cari duit untuk sara adik beradik. Tolong lah faham. Kami penat sangat. Bukan kami tidak bertanggungjawab dengan pelajaran. Tetapi kami ada pelbagai masalah. Tolonglah lihat lebih dalam perkara ini.

    1. Saya bersetuju kerana Saya sentiasa mempunyai masalah untuk fokus semasa belajar di rumah kerana keadaan rumah yang bising.. Rumah Saya kecik bilik tidur pun kongsi dengan adik beradik yang lain… Tolonglah dengar pendapat pelajar dan kesusahan mereka juga..

    2. Yaa saya setuju walaupun percubaan spm tidak memuaskan fikirkan keadaan yang dalam pandemik covid ini ..fikirkan la juga org yg kita sayang di rumah sekiranya kita tergolong dalam orang2 positif covid..walaupun mengikuti sop kita juga bole terjangkiti melalui kluster2 lain atau baharu ..fkirkan la bukan smua pelajar mempunyai masa untuk membuka buku dngn keadaan tengah mempunyai masalah

      1. Tolong tundakan spm.kerana byk murid belum sedia lagi untuk mendudukinya.And also it’s not fair to take trial result.this is because for trial spm ,some school give a easy paper and some school is hard.So it’s not fair.

  3. Saya berharap agar SPM tetap dijalankan kerana keputusan PERCUBAAN SPM saya memang tidak memuaskan. Walhal, permohonan UPU juga memerlukan keputusan PERCUBAAN SPM tetapi saya tetap perlukan keputusan SPM SEBENAR .Mana tahu mungkin gred saya meningkat AAMINN InsyaAllah. Doakan semoga Saya, SYAHIRAH NABILAH DAPAT 10A DALAM SPM SEBENAR. Biarlah SPM ditangguhkan ke bulan depan atau bila pun tetapi SAYA TETAP MAHU AMBIL SPM SEBÉNAR. Jadi, saya memang tidak bersetuju dengan membatalkan SPM untuk batch03. Ini untuk masa depan kami.

  4. Siapa kata student dah ready, belum kita tak dapat belajar beberapa subjek dan bab. Peperiksaan berlaku ramai mungkin gagal.

    1. Saye okay dgn apa saje keputusan kpm tentang peperiksaan spm tapi saye berharap kpm bersedia dgn cadangan untuk form 5 2020 yg tempat tinggalnya dilanda banjir ataupun yg dijangkiti covid

      1. sejak MCO bermula kelas online hanya latihan&jawapan shj takde yg dpt pelajar improve themselves dlm pembelajaran(walaupun paksa diri belajar dr awal pagi hingga lewat mlm),kementerian ni anggap pelajar2 ni semua Tesla ke apa?

  5. Saye mencadangkan supaya spm dibatalkan dan diganti dgn ujian kha utk masuk ke mane2 institute pengajian

    1. saya sangat setuju dgn cadangan awak. Tolonglah..kami tak minta pun utk berhenti bljr,kami masih ada keinginan utk belajar spt meneruskan pelajaran ke uni, Bukannya x nk bljr langsung…jadi,x perlu risau kut dgn taraf pendidikan kami. Cuma apa yang kami minta hanyalah utk tidak terikat dgn tittle “budak SPM” ..not that! Dan kami juga x minta utk gunakan result trial sbg benchmark ,,tidak sbb itu jugak akn jadi tidak adil utk sesetengah pihak. begitu juga dgn SPM,..apa yg setiap pelajar lalui di rumah semuanya berbeza, ada yg x de internet, ada yg x de tmpt yg kondusif utk belajar, ada yg kena tanggung byk komitmen…lpstu tiba2 naik sekolah straight SPM,,Ini lagi tidak adil bagi semua!

      saya cadangkan..buat another iniative yg adil bagi semua pihak utk menilai kebolehan sbnr kami,,,slip tidak mampu menentukan segalanya. Malah, ada je negara luar yg dah buang periksa bsr diorang disebabkan covid,,knp tidak malaysia??adakah ini semua hanya utk kekalkan standard sijil spm?? comeonlahh,,dgn keadaan dunia skrg,semua pihak akn memahami segala tindakan yg drastik,,x de sape yg akn pandang serong pun,,tolonglah kami..

      sedangkan dalam Islam itu sendiri ada rukhsoh (keringanan) spt solat sambil baring,@ dibenrkan mkn yg haram ketika darurat,,,apatah lagi setakat SPM..tolonglah jgn zalimi rakyat ni semua…

  6. Sejak MCO bermula online class hanya beri latihan&semak jawapan shj,nak bincang pun susah sebab x dpt nak join meet/zoom.Semua kumpulan pendidikan di atas tu anggap students ni semua Tesla ke Einstein? Mereka x pernah fikirkan kesusahan pelajar yg miskin/ada masalah kesihatan ,tiap2 hari saya paksa diri belajar dr awal pagi hingga lewat mlm & apa yg saya dpt hanya sakit jantung & stress gila.

  7. saya harap ia dibatalkan, gunakan sahaja keputusan percubaan dan biarkan pelajar yang belum habiskan percubaan melakukan perperiksaan percubaan spm. kebanyakkan pelajar spm sudah buntu dan penat. majoriti pelajar spm mahu spm dibatalkan dan menggunakan keputusan percubaan. Kalau Spm diteruskan BELUM TENTU keputusan tersebut lebih baik dari percubaan dan ia membazir masa kerana majoriti pelajar spm sudah hikang fokus semasa pembelajaran di rumah.

  8. Maaf saya bukan la nak cakap yang saya ni tak bertanggungjawab dengan pembelajaran sendiri. tapi kami pun pandai penat juga. guru guru pun penat nak hadap semua ni. mereka pun ada murid lain juga yang nak dididik selain kami. cikgu saya pernah mengajar dalam kelas sambil buat google meet dengan pelajar form 5 jr. malam pula guru guru ada meeting dengan pengetua. lepastu nak agihkan modul dengan kami. 1 subjek dapat lebih 3 modul dalam seminggu. itu pun tak habis modul minggu lepas, dapat lagi minggu ni. itu tak kisah la kan sebab tu inisiatif sekolah masing masing. tapi penat la kalau setiap minggu macam tu. ada yang cakap “korbankan la masa rehat kamu”. Allah. macam mana la nak jawab spm nanti kalau rehat tak cukup. saya macam dah reda dengan apa apa keputusan yang kerajaan buat. yela kan, kami ni kan sedang berjuang. kalau terkena covid pun meninggal, husnul qotimah. inshaAllah masuk syurga. takpe. tak buruk pun nama negara kalau ramai pelajar spm yang kena covid ni. nauzubillah. bukan nak complaint atau nak minta simpati dari mana mana pihak. tapi itu la hakikat nya kami sebagai pelajar terpaksa telan la semua tu. kami kan menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar. sape suruh lahir tahun 2003. Waallahualam.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker