Apa sebenarnya keputusan Mesyuarat MT UMNO malam ini?



KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO dijangka diadakan pada jam 8 malam ini di Menara Dato Onn, Ibu Pejabat UMNO.
Menurut sumber, mesyuarat Biro Politik UMNO pula dijangka diadakan pada jam 4 petang ini bagi membincangkan hala tuju parti itu.
Tumpuan sudah tentu terarah kepada usul-usul akar umbi yang dibawa ketika pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua-Ketua UMNO Bahagian semalam.
Desas-desus percaturan jajaran politik baharu UMNO semakin kuat kedengaran selepas UMNO Kelantan menolak kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Selasa.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam sidang media sebelum ini turut mengesahkan 147 UMNO Bahagian menolak kerjasama itu.
Bagaimanapun, sehingga kini, tiada pendedahan dibuat mengenai usul-usul yang akan dibawa dalam mesyuarat MT UMNO malam ini.
BN | Annuar Musa tidak dipecat – Ahmad Maslan
UMNO | 147 bahagian UMNO tolak kerjasama dengan Bersatu


Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: