Menteri Pengangkutan Singapura Dedahkan Sebab Sebenar HSR Dibatalkan, SIapa Yang Untung?

Menteri pengangkutan Singapura memaklumkan kepada parlimen mereka bahawa sebab utama projek HSR KL-Singapura dibatalkan ialah sebab kerajaan Malaysia tidak mahu tender-tender kontraktor serta pemilihan teknologi tren dibuat secara tender terbuka dan dinilai serta dipantau bersama Singapura.

Dulu bila saya usahakan projek ini, saya dengan sengaja mahu kedua-dua negara bertanggung jawab atas kejayaan projek tersebut supaya penyelewengan dapat dikurangkan atau dielakkan.

Tapi pendekatan kerajaan PN agak berbeza. Mereka mahu pilih kontraktor dan vendor projek secara terus tanpa campur tangan negara Singapura.



Kerajaan Singapura juga tidak bersetuju dengan permintaan kerajaan PN untuk tren HSR berakhir di KLIA.

Di sana penumpang akan tukar ke tren ERL milik syarikat YTL yang lajunya separuh dari kelajuan tren HSR untuk sambung perjalanan ke ibukota.

Saya rasa keputusan ini adalah sangat pelik sebab pengunjung dari Singapura mahu perjalanan terus ke bandar Kuala Lumpur dalam masa tersingkat – bukan mahu berkunjung ke KLIA lalu tukar ke tren yang lebih perlahan.

Jika pengunjung dari Singapura mahu pergi ke airport untuk naik kapal terbang, mereka akan pergi ke airport mereka.



Buat apa mereka nak naik tren HSR untuk ke KLIA?

Oleh sebab kerajaan Singapura tak setuju dengan dua permintaan utama kerajaan PN, Malaysia pun batalkan perjanjian tersebut dengan membayar ganti rugi sekurang-kurangnya RM320 juta hingga RM1 bilion.
Projek bukan dibatalkan Malaysia sebab Covid seperti diumumkan kerajaan PN.

Lalu kerajaan PN buat keputusan untuk lanjutkan tren ERL ke Johor Bahru sebagai projek HSR KL-Johor Bahru medium laju dengan kos hampir sama projek HSR KL-Singapura yang dibatalkan mereka.

Oleh sebab syarikat operasi akan rugi memanjang akibat jumlah pendapatan dan penumpang yang akan jauh menurun jika tidak sampai ke Singapura, kerajaan PN juga bersetuju membayar pampasan setiap tahun kepada syarikat ERL.



Najib Razak

 



Related Articles

One Comment

  1. Clear-Cut ….it’s so obvious who and whom is the DAMAGE MAKER.

    Datuk Seri Najib….. is sharing the actual and very much logical facts that has taken place.
    Don’t mind me pls, I am not taking sides, but I am in my right – frame of mind to note which is CORRECT and which is NOT.

    So let’s see how the “ORDER” will take charge.

    Datuk Seri Najib, thank you personally.

    I hope the rest realises it sooner.

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker