Satu juta rakyat akan disuntik vaksin Covid-19 bulan depan


Kira-kira satu juta rakyat di negara ini akan disuntik vaksin Pfizer-BioNTech pada fasa pertama bermula bulan depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, petugas barisan hadapan merupakan individu yang pertama akan menerima suntikan itu sebelum diikut golongan rentan.

Menurutnya, golongan rentan merupakan individu yang mudah mendapat penyakit dan pesakit kronik seperti bauh pinggang, jantung, paru-paru dan diabetes.

“Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 negara akan bermula depan dengan sejuta vaksin dari Pfizer-BioNTech akan diagih dan disuntik pada fasa pertama.

“Fasa seterusnya sebanyak 6.2 juta vaksin pada April dan Mei tahun ini. Kerajaan akan beri vaksin percuma kepada semua rakyat untuk sasaran 80 peratus penduduk atau 26 juta individu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Bahagian Tenggara 2020 di Bandar Tenggara di sini hari ini.

Tangan disuntik vaksin Pfizer masih sakit pada hari ketiga – Dr Amalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker