Siaran Langsung Seksaan

Madrid: Tiga remaja ditangkap kerana menculik, menggari dan menyeksa seorang lelaki selama berjam-jam dan menyiarkan seksaan kejam itu secara langsung di Instagram.

Mangsa, lelaki berusia 30-an, meminta belas kasihan ketika remaja itu tanpa henti memukulnya dengan spanar di sebuah rumah di Benicarlo, Sepanyol, Ahad lalu.

Portal Newsweek melaporkan dalam video itu, suspek berusia 16, 17 dan 18 tahun mengancam membunuh lelaki itu dan menuduhnya sebagai pedofil.

Penonton yang cemas melihat aksi itu kemudian melaporkan kepada pihak berkuasa sebelum kes itu dirujuk kepada polis.

Polis kemudian melakukan siasatan di sekitar Baix Maestrat dan menemui mangsa dalam sebuah rumah, pada Ahad lalu.

Mangsa dilaporkan diseksa dari awal pagi hingga jam 4 petang hari yang sama.

Dia ditemui dalam keadaan parah di bahagian kepala, patah tulang rusuk dan tulang belakang dan dibawa ke Hospital Umum Castellon dalam keadaan serius.

Doktor bimbang dia boleh kehilangan tangan kerana kecederaan pada satu lengan sangat parah.

Tiga remaja itu kemudian ditangkap dan didakwa atas cubaan membunuh dan menculik di Mahkamah Vinar pada Selasa lalu.

Sumber: Newsweek

SKMM denda Astro kerana tayang dokumentari Al Jazeera ‘Murder in Malaysia’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker