MCA didesak serah kerusi Parlimen Alor Setar

ALOR SETAR: Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar semalam mengemukakan usul mendesak MCA menyerahkan kerusi Parlimen Alor Setar kepada parti berkenaan dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Usul berkenaan dikemukakan salah seorang perwakilan, Fazil Hashim dari cawangan Tanjung Bendahara.

Perwakilan itu turut mencadangkan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Yusof Ismail sebagai calon untuk Parlimen berkenaan yang kemudian dipersetujui semua perwakilan.

Sementara itu, menurut wakil cawangan Jalan Pegawai, Datuk Guntor Tobeng ketika membahaskan usul berkenaan, UMNO dan MCA perlu berunding mencari penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak dan tidak mengecilkan hati mana-mana parti dan penyokong mereka.

Menurutnya, UMNO di Alor Setar perlu duduk berunding dengan MCA sebagai komponen BN atas semangat setia kawan memandangkan kedua-dua parti itu pernah bersama mengharungi perjuangan.

“Saya percaya UMNO dan MCA berbesar hati menyelesaikan dengan baik isu kerusi itu,” katanya.

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar dirasmikan oleh Mohd. Yusof.

Guntor berkata, beliau berpendapatan UMNO boleh mengambil kerusi berkenaan dan sebagai timbal balas satu kerusi Senator diberikan kepada MCA Alor Setar,” katanya.

Parlimen Alor Setar merupakan kerusi tradisi MCA namun parti itu mengalami kekalahan teruk pada PRU-13 dan PRU-14.

Secara amnya, pengundi berdaftar di Parlimen Alor Setar ialah 64.37 peratus Melayu, 30.88 peratus (Cina), India (4.24) dan lain-lain (0.52)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker