Pikap jatuh feri: Enam beranak dikebumi dalam satu liang lahad


Simanggang: Jenazah enam beranak yang maut selepas kenderaan mereka terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar, semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, di sini, hari ini.

Semua jenazah yang dibawa dari Hospital Sri Aman tiba di perkarangan tanah perkuburan itu pada jam 5 petang.

Terdahulu, jenazah enam beranak itu disolatkan di Masjid Bandar Sri Aman, selepas solat Asar.

Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan itu setiap kali jenazah diturunkan ke liang lahad, satu persatu.

Jenazah Siti Aishah Abdullah, 36, diletakkan bersama anak bongsunya, Mohd Ahmad, empat bulan, diikuti empat lagi anaknya, Nor Shuhada Mohamad Hamzah 16; Khairunnisa, 14; Mohd Aiman, 7, dan Mohd Mustaqim, 5.

Turut maut dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, adik Siti Aishah, Lorna Ting, 33 bersama dua anaknya, Alvin Phang, 12 dan Wallace Phang, 7.

Mayat tiga beranak itu dibawa balik ke Sibu malam ini untuk disemadikan.

Semua mangsa terkorban selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar di pengkalan feri Triso, Beladin di Betong, semalam. HM

Susulan tragedi yang mengorbankan sembilan sekeluarga selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) terjunam ke dalam sungai di Pangkalan Feri Triso, Sungai Batang Lupar pada Jumaat, Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Sarawak, Datuk Julaihi Narawi memohon orang ramai agar tidak menyebarkan gambar atau video mangsa di media sosial.

“Saya merayu dan memohon orang ramai (agar) tidak menyebarkan gambar atau video mangsa (di media sosial) bagi menghormati keluarga mangsa,” kata Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sebuyau di mana kejadian itu berlaku.

Tragedi Feri Triso: Saya Reda, Kerana Syurga Buat Mereka – Anak Mangsa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker