20 Januari 2021 tarikh buka sekolah

Sesi persekolahan bagi tahun 2021 akan bermula pada 20 Januari, jelas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini

Jelasnya , keputusan tersebut dibuat kerana ramai ibu bapa yang risau anak-anak mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam keadaan yang sempurna.

“Dengan mengambil kira keperluan untuk anak-anak mengikuti pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah, saya ingin memaklumkan bahawa kesemua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibuka mengikut takwim yang telah diumumkan pada 8 November lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas sempena Sambutan Tahun Baru 2021 yang bertemakan Bersemangat Melangkah Ke Tahun Baharu 2021 pada malam tadi.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, pembukaan bagi institusi pendidikan swasta dan antarabangsa yang berdaftar dengan KPM bagi sesi 2021 adalah tertakluk kepada kalender akademik institusi tersebut mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

“Bagi yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membenarkan pelajar tempatan kembali ke kampus secara berfasa mengikut IPT masing-masing seawal 1 Mac 2021,” katanya.

Dalam pada itu, bagi IPT yang terletak di Sabah dan Sarawak, kemasukan pelajar tertakluk kepada prosedur yang diguna pakai oleh kerajaan negeri masing-masing. K Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker