Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Versi PKPB! Bukan Kaleng – Kaleng Bro!

Terkini di My KMU !!!!---->

Peminat tempoyak? Ini lah masa yang dinanti-nantikan…

Ikan patin masak tempoyak, wuish sedapnya… kuah yang likat. Sempurna!

Image from Foodpanda

Image via Foodpanda

Hidangan tempoyak ini merupakan isi buah durian. Tempoyak biasanya dibuat sambal atau digunakan sebagai bahan memasak. Tempoyak lebih terkenal di negeri Pahang dan Perak. Rata-rata Malaysians memang tahu tempoyak. Mana taknya, rasa yang creamy dan aromanya yang menyelerakan. Haa, jom jangan ditenung lama-lama gambar itu, sedia untuk masak. Kita follow resepi yang dikongsikan oleh Norshuhada Ada di laman Facebooknya.

Bahan-bahan:

  • Ikan patin
  • Timun
  • Cili
  • Asam keping
  • 2 sudu besar tempoyak
  • Kunyit hidup
  • Air

 

Cara penyediaan:

 

1. Basuh ikan patin supaya hilang bau hanyir.

2. Kisarkan kunyit hidup, cili, tempoyak dan air.

3. Kemudian, masukkan bahan kisar dalam periuk dan tumiskan. Perasakan dengan garam.

4. Letakkan asam keping. Tunggu sehingga air mendidih.

 

5. Seterusnya, masukkan ikan patin.
6. Akhir sekali, letakkan timun dan masakkan selama 15 minit.

 

Dah pun siap ikan patin tempoyak yang sungguh lazat ini. Jom hidangkan dengan nasi… Selamat menjamu selera!

Jumlah pelanggan merosot, Restoren ‘Patin Tempoyak’ bakal ‘bungkus’

 

Leave a Reply