Orang Klang sudah lali dengan siren ambulans

KLANG – Daripada berasa bimbang dan tidak tenteram pada peringkat permulaan, orang Klang kini sudah lali dengan kehadiran ambulans yang berulang-alik di Bandar Diraja Selangor itu.

Hakikatnya, kehadiran ambulans telah menjadi “norma baharu” di Klang, malahan kewujudan empat buah ambulans secara serentak di tempat sama bukan sesuatu yang mengejutkan.

China Press melaporkan, penduduk malahan melihat ambulans tidak lain seperti teksi atau kereta e-hailing yang kelibatnya boleh dilihat di mana-mana jua.

Kehadiran ambulans yang kerap juga menggambar keadaan jangkitan COVID-19 di Klang yang mencatatkan 3,476 kes dari 14 Disember hingga 27 Disember.



Ahli Majlis Perbandaran Klang, Lee Fu Haw berkata, ambulans di Klang memang sangat sibuk, manakala penduduk yang pada mulanya berasa cemas dengan bunyi siren ambulans, kini sudah membiasakan diri.

Keadaan itu, katanya, berlaku terutamanya di kawasan flat di Bandar Sultan Sulaiman di Northport yang mencatatkan jangkitan hampir setiap hari sejak Oktober.

“Penduduk berasa tidak berdaya apabila melihat kehadiran ambulans dan menggambarkannya sebagai ‘teksi’ yang mengambil ‘penumpang’ ke hospital,” katanya.

Menurutnya, walaupun kawasan perindustrian dan flat di Northport merupakan zon merah dengan kemunculan beberapa kluster jangkitan, tetapi kehidupan orang ramai nampaknya tidak terkesan.



Ujarnya, aktiviti berkumpul-kumpul dan perniagaan tepi jalan masih berjalan seperti biasa.

Katanya, selepas membuat aduan berulang kali, pihak berkuasa telah memasang kain rentang mengingatkan penduduk bahawa mereka berada dalam zon merah COVID-19. MG

Pemandu ambulans rogol pesakit Covid-19



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker