Pemandu ambulans rogol pesakit Covid-19

Seorang pesakit Covid-19 mendakwa dirogol oleh pemandu ambulans ketika dalam perjalanan ke hospital Sabtu lalu.

Suspek kini sudah ditahan.

Kejadian itu berlaku apabila dua wanita daripada sebuah keluarga diuji positif Covid-19 pada petang Sabtu dan mereka diarah untuk ke pusat kesihatan dengan ambulans, kata polis.

Tidak ada anggota keluarga yang mengiringi mereka.



Salah seorang daripada wanita itu dimasukkan ke pusat kemudahan Covid-19 manakala seorang lagi diarah dihantar ke sebuah hospital lain, kira-kira 4 kilometer jauhnya.

Tetapi pemandu berkenaan mengambil jalan sejauh 18 kilometer.

Dalam perjalanan itu, suspek telah memberhentikan ambulans di sebuah kawasan sunyi dan memperkosa pesakit yang berusia 22 tahun dalam kenderaan, kata polis.

Pemandu itu mengancam akan melakukan sesuatu yang buruk jika mangsa melaporkan kejadian itu.



Namun, mangsa telah memaklumkan kejadian tersebut pada doktor ketika dimasukkan ke hospital.

Pemeriksaan perubatan yang dijalankan mengesahkan serangan seksual tersebut.

Polis yang menyiasat kes berkenaan mendapati suspek yang berusia 29 tahun pernah terlibat dalam beberapa kes jenayah termasuk cubaan membunuh.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga Kerala, KK Shailaja menyifatkan kejadian itu “tidak berperikemanusiaan” dan mahu siasatan dijalankan bagaimana individu yang mempunyai rekod jenayah diberi pekerjaan itu.



Supritendan Polis, Pathanamthitta berkata, jenayah itu dirancang kerana pemandu telah mengambil jalan yang panjang.

“Kami sedang mengumpul bukti dan dia akan berdepan dengan hukuman berat,” katanya. – MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker