3 pengeluar daging terbesar dijamin halal

Terkini di My KMU !!!!---->

Tiga syarikat pengeluar daging sejuk beku terbesar, iaitu Allana Group, Amroon dan Al-Aali antara pembekal daging yang dijamin halal, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid.

Oleh itu, katanya, umat Islam tidak perlu was-was dengan pembelian daging daripada tiga syarikat itu.

“Jangan terpengaruh dengan maklumat tersebar di media sosial mengenai pelbagai andaian dan dakwaan kartel daging ini adalah haram dan sudah berlaku lebih 40 tahun,” katanya selepas melawat pengimport daging sejuk beku, Fatric Sdn Bhd di Selayang.

Beliau berkata, lawatan ke syarikat itu bertujuan memberikan keyakinan kepada rakyat yang bekalan daging di pasaran adalah halal.

Terdahulu, Rosol di Dewan Negara berkata, sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku yang dipercayai ada kaitan dengan kartel daging haram di Johor akan didakwa di mahkamah esok kerana menggunakan logo halal palsu pada kenderaannya.

Beliau menafikan dakwaan kerajaan cuba melindungi pihak dan syarikat terlibat dalam perkara yang menimbulkan keresahan umat Islam. FMT

Malaysia letak harapan tinggi terhadap pengeluar vaksin COVID-19 – Dr Adham

Leave a Reply