GST Menghantui Muhyiddin
Perdana Menteri Malaysia yang paling lemah, itulah label yang diberikan oleh rakyat kepada Muhyiddin Yassin. Beliau mendapat jawatan hanya dengan surat akujanji atau surat akuan sumpah dari ahli parlimen yang menyokongnya sahaja dan paling malang, jumlahnya hanya lebih sedikit dari yang tidak menyokong beliau.
Majoriti yang menurunkan akuan bersumpah bersetuju Muhyiddin jadi perdana menteri sehingga ke PRU15 adalah dari parti UMNO dan BN, selebihnya adalah dari bekas wakil rakyat yang menang atas tiket UMNO BN di PRU14 dan sedikit dari ahli parlimen yang menang atas tiket PKR. Selebihnya adalah dari ahli parti yang ditubuhkan oleh Mahathir.
Bermula dari titik tolak tersebut maka Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan prestasi yang beliau tunjukkan semakin hari semakin teruk. Rakyat melihat Muhyiddin cuba mengambil kesempatan dari musibah covid19, kononnya alasan betapa seluruh dunia turut mengalami nasib yang sama, ekonomi merudum dan negara merana.
Muhyiddin lupa, negara Asean dan Asia yang lebih teruk tahap ekonomi mereka sebelum covid19, bangkit dengan cepat untuk melawan petaka ini supaya rakyat boleh kembali hidup seperti sebelumnya.
Rakyat mula membuat sinis jenaka dengan ‘doa’ yang dibuat oleh Muhyiddin, tidak boleh mengharapkan doa semata-mata untuk pulihkan kembali ekonomi negara yang semakin suram ini.
Bahkan Muhyiddin dilihat selama hampir setahun memanaskan kerusi perdana menteri, tidak ada sekali pun beliau muncul untuk berhadapan dengan media di dalam sesi temubual dua hala. Yang di pampang di TV hanyalah temuramah yang siap tersusun dengan skrip soal-jawab sahaja.
Tanpa latar belakang ekonomi dan keupayaan memahami pergerakan kewangan negara, Muhyiddin tidak akan mampu menguruskan negara ini dengan baik. Kebergantungan beliau ‘hanya’ kepada Menteri Kewangan adalah langkah yang terlalu sumbang. Boleh menjurus ke arah salah guna kuasa terutama akan wujudnya jenayah terancang membolot projek berkepentingan rakyat.
Pendapat semakin kurang, nilai tambah negara yang baharu tidak ada, bagaimana negara maju ingin melabur di sini?
Akhirnya, memadaikah menggunakan menteri-menteri yang ada untuk memberi pandangan kononnya idea baru – rejim cukai GST akan diperkenalkan semula?
PRU ke 15, Muhyiddin sedang berusaha perkukuhkan kedudukan, dari mandat SD wakil rakyat parlimen kepada mendapat mandat rakyat. Bolehkah?
Sumber : Nurul Aisyah
https://mykmu.net/2017/04/01/nasib-baik-ada-gst/
You must be logged in to post a comment.