Jawablah Zeti! Keluarga Zeti terima dana 1MDB, Najib Desak Perjelaskan ‘HAKIKAT SEBENAR’

Terkini di My KMU !!!!---->
Pada Julai 2018, Zeti dalam kenyataan terbukanya menafikan dakwaan Najib bahawa beliau menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaun bekas perdana menteri itu.

PETALING JAYA: Najib Razak mendesak bekas gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Aziz, menjawab pendedahan sebuah laman blog yang membongkar beberapa dokumen yang dikaitkan dengan keluarganya, yang didakwa pernah menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, termasuk dari 1MDB ke akaun mereka di Singapura.

“Sejurus selepas pilihan raya umum ke-14, bekas gabenor BNM sejak 2000 pernah mengeluarkan satu kenyataan yang kata dia nafi tahu kewujudan dana atau tahu mengenai apa-apa transaksi dalam akaun saya termasuk dana yang dikatakan RM2.6 bilion itu.

“Masa itu, saya amat hairan kenapa dia boleh cakap begitu sedangkan dia yang nasihat saya untuk buka akaun atas nama saya sendiri (dan bukan atas nama parti) untuk menerima dana asing tersebut dan mana mungkin seorang gabenor BNM boleh tidak tahu apabila dana asing berjumlah berbilion masuk ke dalam akaun bank atas nama perdana menteri sedangkan setiap transaksi besar dari luar negara perlu kelulusan BNM,” kata bekas perdana menteri itu di Facebook.

Laman MalaysiaToday semalam mendakwa pegawai kanan di AmInvestment Bank Bhd (AmInvestment) didakwa bersekongkol untuk membantu dua syarikat yang mempunyai kaitan dengan Low, menjana keuntungan berjuta-juta daripada bon 1MDB pada hari pertama ia dikeluarkan.

Najib sekolahkan Kit Siang sekali lagi.

Penjualan bon bernilai RM5 bilion itu dikatakan diatur oleh AmInvestment dan diluluskan oleh ketua eksekutif TIA ketika itu, Shahrol Halmi, walaupun mendapat bantahan daripada pemegang saham, kerajaan Terengganu.

Penerbitan bon bernilai RM5 bilion, yang kononnya untuk pembangunan bersama Pulau Bidong dengan Mubadala, dibuat terburu-buru atas nasihat penasihat khas TIA tanpa menyelesaikan isu dibangkitkan oleh lembaga pengarahnya.

Wang yang diperoleh 1MDB daripada bon tersebut digunakan untuk membayar USD1 bilion kepada PetroSaudi JV. Bagaimanapun, penyiasat kes itu juga mengesahkan USD700 juta dipindahkan ke syarikat yang dikaitkan dengan Low, Good Star Ltd.

Low kemudian didakwa memindahkan berjuta dolar kepada pelbagai individu dan entiti termasuk suami Zeti, Tawfiq Ayman, menerusi syarikat yang dikaitkan dengannya, Cutting Edge Industries Ltd, dalam satu surat bertarikh 13 Mac 2019.

Pada Julai 2018, Zeti dalam kenyataan terbukanya menafikan dakwaan Najib bahawa beliau menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaun bekas perdana menteri itu.

Sebelum itu, dalam temubual eksklusif bersama portal berita Malaysiakini, Najib mendakwa Zeti ketika menjadi gabenor BNM menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaunnya sebelum pilihan raya umum 2013, namun tidak pernah mempersoalkan perkara itu.

Usaha FMT mendapatkan Zeti yang juga pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), untuk menjawab dakwaan itu tidak berhasil kerana beliau difahamkan sedang bercuti ketika ini.

Moratorium : Kalau peminjam muflis bagaimana?

3 thoughts on “Jawablah Zeti! Keluarga Zeti terima dana 1MDB, Najib Desak Perjelaskan ‘HAKIKAT SEBENAR’

  • December 29, 2020 at 15:08
    Permalink

    sehingga kini rakyat terus kehairanan kenapa zeti tak pernah dipanggil & disiasat SPRM
    zeti pergi bercuti, ke luar negara agaknya dalam keadaan covid19 masih belum reda
    menteri undang2 tak nak jawab dulu ke?
    bagaimana dengan pemimpin2 pembangkang seperti anwar, mahathir, kit siang & guan eng?
    sehingga kini takde seekor pun dari mereka bersuara tentang suami zeti dapat jutaan ringgit itu

    Reply
  • December 29, 2020 at 23:04
    Permalink

    Aaarrrh kalau macam ni,sama saja semuanya,masing2 mau mengelak dari bertanggungjawab

    Reply
  • December 30, 2020 at 13:26
    Permalink

    Macam cerita lagu bangau, siapa yg lemah akan dikambing hitamkan

    Reply

Leave a Reply